Pages

Sunday, January 9, 2022

Menyantuni Atuk Pingi

Petang tadi balik dari medang-medang di Alam Jaya tiba-tiba teringat Cik Pingi. Anak-anak panggil Atuk Pingi. Atuk Pingi merupakan adik bawah atuk. Anak kedua dari sembilan beradik.
Rasanya dah 2 tahun tak ziarah disebabkan PKP. Biasanya raya kami adik beradik ibu akan ziarah.

Bila sampai-sampai Wafi cakap muka macam arwah atuk.
yelah.. bila dah berisi dah macam atuk.

Datang bertanyakan khabar.
Atuk Pingi masih kuat kerjakan kebun nanas.

Nenek Jariah pula sakit lutut kesan dari kurang pergerakan sebelum ini bila cedera patah tulang selangka dan tulang rusuk. Masa PKP pertama jatuh motor apabila kena ragut ketika keluar seorang diri beli barang dapur. Masa tu kan seorang sahaja boleh keluar ke kedai.

Allahu.. 

Ibu ambil gambar berdua dengan Atuk Pingi.
Nenek Jariah beritahu yang adik beradik ibu kalau datang mesti nak bergambar dengan Atuk Pingi atau bersama Nenek Jariah.
Entahlah... dah jadi rutin berjumpa saudara mara mesti nak bergambar buat kenangan.
Semoga ingatan itu akan berkekalan.

Atuk Pingi sebak dan nangis (sama macam atuk 😢) bila ibu nak balik peluk cium dan hulurkan sedikit sumbangan.
Insyaallah mingu depan kami datang semula.
Ada misi yang kami adik beradik ibu akan jalankan.
Semoga Allah permudahkan urusan kami.

No comments:

Post a Comment