Bila syarikat ibu announce yang Sabtu 29/1/22 dan Isnin 31/1/22 hari tidak bekerja, ibu suggest kat ayah untuk bercuti ke Negeri Sembilan dan Melaka pada hari Ahad sehingga Selasa. Rupanya ayah bekerja pada hari Isnin untuk cover staff yang bercuti pada hari tersebut. Jadi kita short break je lah. Sabtu dan Ahad ke Melaka. Percutian santai since kebanyakan tempat di Bandar Hilir dan Ayer Keroh sudah pernah sampai. Pantai Kelebang, Pantai Puteri dan Pengkalan Balak juga pernah dikunjungi.
Ayah sediakan itinerary dan book hotel siap-siap.
Pit stop pertama adalah sarapan di Warung Bambam Negeri Sembilan.
Tempat viral kan jadi ramai lah orang.
Kena beratur dulu tapi ada yang jaga. Sangat sistematik.
Beritahu berapa orang dan pekerja akan berikan meja untuk kita duduk.
Kami tunggu dalam 15 minit.
Wafi teringin makan cocojar ni.
Abang Imi nak makan kuih penyaram pulak.
Makanan yang dipesan juga tidak ambil masa yang lama.
Kakak Widad makan roti bakar telur goyang.
Set nasi lemak pilihan Wafi.
Ibu pilih lontong special.
Ayah pula ambil mi kari tapi ibu tak sempat ambil gambar.
Teh tarik.
Menu di Warung Bambam.
Ikut plan lepas sarapan akan terus ke Melaka tapi ayah tukar last minit.
Kebanyakan yang makan di warung bambam mesti akan order Set Roti Jala dan Kuah Kari. Kuah Kari ada dua pilihan sama ada Kari Ayam atau Kari Kambing.
ReplyDeleteSerius cakap kuah karinya memang sedap. Pekat dan pedas. Isi ayam pun banyak. Puas hati tau.
Macam ni kena pergi lagi lah gamaknya, nak kena try roti jala dan kuah kari 😅
Delete