Pages

Monday, January 3, 2022

2H 2M Villa Wangsamas

Sempena cuti tahun baru ayah ajak stay kat kondo Uncle Zaki di Villa Wangsamas. Kondo ni uncle Zaki duduk selepas balik dari Brazil dan selespas berpindah ke Putrajaya ia dijadikan homestay untuk keluarga terdekat. Since kondo ni Uncle Zaki nak jual, jadi ayah ambil kesempatan untuk stay buat kali terakhir. Awal-awal mereka stay di sana kami pernah datang juga.

31hb malam tu ayah sampai dari ofis terus kami shoot ke sana. Masa tu ibu dah start selesema mungkin sebab hujan seharian dan hari sebelumnya 30.12.21 tu ibu ambil booster. Pihak pengurusan mengambil initiatif membawa petugas dari klinik yang terpilih untuk memberi booster kepada pekerja-pekerja.

Jam 11 pm dah sampai homestay. Rumah Uncle Zaki terletak di tingkat 13A.
Ibu ambil gambar sedikit sebab dah malam dan badan agak lesu.

Bilik utama.

Ruang tamu.

Dapur. 
Dulu ada dapur basah dan kering tetapi selepas diubahsuai jadi satu dapur yang luas.

Complimentary.
Macam-macam ada.

Bilik kedua.

Bilik ketiga.

Hari Sabtu cuti sempena Tahun Baru kami keluar ke Melawati Mall yang terletak berhampiran dengan homestay. Keluar pun tak lama, jam 2 pm keluar dan 5.30 pm sudah sampai ke homestay semula.

Sebelum keluar ambil gambar dulu.
Mereka suka lampu-lampu yang tergantung di situ.

Petang tu selepas hujan reda ayah bawa Wafi mandi kolam pula.

Kolam renang ni berkongsi dengan beberapa blok di Villa Wangsamas ni.

Ada beberapa orang sahaja di kolam.

Ayah temankan Wafi mandi sekali.

Depan kolam ni ada club house.
Wafi seronok main gelongsor air di sini.

Sebelum jam 7 pm sudah naik semula ke rumah.
Malam tiada plan.. hanya duduk di rumah.
Dinner pun makan makanan yang dibungkus siang tadi.

Keesokannya sebelum jam 12 pm kita sudah check out. Pagi tu ibu dan ayah breakfast tosei dan teh tarik di restoren mamak depan kolam renang.
Ibu pulak rasa tak berapa sihat. Mungkin penat last week tak habis ditambah dengan booster pula.
hai lahhhh badan... 


 

No comments:

Post a Comment