Pages

Monday, January 31, 2022

Awal Hari Yang Mengecewakan

Pagi ini sempat satu round dengan Kawi dan Cik Elis.

Dah lama tak masuk forest trail semput juga.

Balik dari Hillpark singgah rumah nenek hantar Cik Elis dan nak jenguk Wafi yang tidur kat rumah nenek. Ramai cousin jadi seronoklah dia.

Kucing nenek yang vegetarian... ehhh... tapi rasanya dia omnivor. Ia boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tak boleh brain... makan cili lepas tu mengiau-ngiau😬😬

Nenek buat lempeng cicah sambal combrang/bunga kantan. Nasi lemak dan kuih ibu beli otw dari Hillpark tadi.

Lepas sarapan dan sembang-sembang ibu balik rumah dan bersiap nak ke sekolah untuk beli buku-buku Wafi dan pekan.

Sampai sekolah guard kata kedai buku tutup. Aikkk... hari ni bukan public holiday.. esok kan.. guard kata datang Khamis. Aiyoohhhh.... bukan cuti tambahan untuk pelajar dan guru je ke... ke untuk semua. Ibu nampak ada beberapa orang guru kat sekolah.

Lepas tu ibu menghala ke Pekan Meru. Nak cari kain ela buat baju dan kain sekolah. Sekali tutup juga. Halahhalah... esok kan baru raya... ye lah.. yelah.. malam ni makan besar.

Harap plan ke tiga menjadi... beli ayam penyet.

Fuhh... mujur kedai makan yang jual ayam penyet beroperasi. Since ibu, abang dan kakak sahaja ada di rumah, beli je lah 3 set. RM5. Ibu suka sambal kat kedai ni. Cuma tak ada tempe dan tauhu goreng.

Bak kata Cik Elis... Allah nak bagi ibu rehat.. 

Rasa kurang produktif sebab cuti yang ada ni nak setelkan buku dan baju sekolah. 

Allah Maha Mengetahui.

Malam order makanan set RM69.90 kat Jadoos. 

Sempena kemenangan jawab soalan kuiz cuti-cuti Cik Amir di Melaka. Ibu dapat jawab soalan pertama... di mana mereka stay... hahaha... easy man.... mesti mereka stay hotel yang kayangan🤭🤭🤭🤭

Hadiah cash RM50 

Walau pagi agak kecewa tapi petang Allah bagi nikmat yang lain.

Alhmadulillah.

Allahuakbar.
 

No comments:

Post a Comment