Pages

Sunday, January 23, 2022

Ahad Yang Relax

Mulakan pagi ini dengan briskwalking. Kakak kejutkan ibu jam 6 am tanya nak jog ke tidak... ibu macam nak bermalas-malasan je kat rumah.. tapi fikirkan kena jugalah exercise since seminggu ni pun sibuk dengan kerja ofis dan layan drama Korea di malam hari.. ehh.. sungguh tak sihat otak dan badan camni.

Dapat 5km jog sorang-sorang since Kawi hanya berjalan-jalan di tasik. Baru lepas booster tidak boleh lakukan aktiviti keras. jadi relax-relax je keluarkan peluh.

Habis jog Kawi kata lapar. Kita singgah bekfes dulu kat Restoren Ghulam Rasul.

Ayam goreng wajib buat Kawi... tak pernah miss. Rangup di luar lembut di dalam.

Ibu ambik set roti puri ni. Sorang satu. kenyang makan berdua. Kuah kentang tu memang tersedap.

Dah cakap kat kawi kita minum air kosong je... tapi tak boleh tahan.. tergoda dengan meja sebelah yang minum teh tarik. Ok lah. order satu.. seminggu sekali kan.. harap tak dosa hahahahha

Balik rumah ambi Wafi.. kita sundate bertiga... pergi salun Cik Dena. belai2 rambut. Wafi kata rambut tahun baru.

Balik singgah kedai... sudah jam 12 pm jadi ayam dah habis.. tak dapatlah masakan ayam goreng seperti yang Wafi nak. Tapi tak pe lah... ikan dan udang goreng pun boleh. Tumis pedas daun ubi...(minyak lebih๐Ÿ˜๐Ÿ˜). Ritu nenek bagi pucuk ubi. Ni kalau ada tempe busuk mesti lagi sedap.

Kenyang perut.. lauan lagi drama Korea.. lepastu boleh lah rehat2.. tidur petang.
 

2 comments:

  1. Teringat tempe busuk, nenek selalu masak lemak dengan pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selera jawa wak pun teringat tumis pedas pucuk ubi dengan tempe busuk.
      Uenak ea

      Delete