Pages

Monday, January 24, 2022

Tabung Seronok 2021

Baru sempat nak update tentang Tabung Seronok Tahun 2021. Ibu ada entry Tabung Seronok 2020 di sini. Seperti yang ibu tuliskan ada 2 tabung pada tahun lepas iaitu tabung bulanan RM20 juga tabung RM50 dan RM100.

Tabung bulanan RM50 dan RM100. 
RM50 untuk bulan ganjil manakala RM100 bagi bulan genap. Jadi setahun dapat RM900.


Tabung kedua adalah RM20 X 2 keping setiap bulan. Bagi tabung ni dapatlah setahun RM480.

Jumlah amaun yang terkumpul adalah RM1,380.00

Seperti biasa ia akan diguna untuk bayaran sekolah awal tahun.

Ada juga yang menyarankan mengapa tidak beli sahaja syiling emas? Boleh je... tiada masalah siapa yang mahu. Buat masa ini ibu lebih suka kumpul cash untuk jangka masa pendek. Kalau terdesak boleh guna... kemudian topup je lah.

Nama pun tabung seronok... jadi simpan tanpa stress. Yang stress bila buat simpanan wajib di Tabung Haji atau ASB😬😬😬. Suka atau tidak... kena simpan untuk jangkamasa panjang.

Untuk tahun 2022, ibu masih belum decide nak buat tabung apa. Sudah kumpul beberapa kaedah. Tunggulah beberapa hari ini.

Jom menabung!
 

No comments:

Post a Comment