Pages

Tuesday, January 4, 2022

Meraikan Ulangtahun Kelahiran di Tony Roma's Dan Di Rumah

Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia ibu.
Semoga Allah rahmati usia yang berbaki ini.

Ayah bawa makan-makan early birthday treat di Tony Roma's, Melawati Mall.

Kebetulan je pun duduk sini tetiba baru perasan ada tulisan tu.
Jadi ambil sahaja gambar.

Ulangtahun ke 49.


Entah mana gambar beramai-ramai.

Jumpa gambar makanan je yang kawi ambil.

Wafi makan fish and chips.

Chicken dan beaf rib ibu punya.

Pilihan ayah spagheti.

Appertiser.

Chicken and lamb rib pilihan Kawi.

Kenapa gambar ni macam terbalik😎😎

Dessert requested by the girls.
Ilao Ilao.. entah mengapa mereka sangat menyukai aiskrim yogurt ni.
Layankan sahaja. Bukan selalu dapat makan pun hahah

Pada 4hb jam 12.01 am tu anak-anak buat surprise. Ibu memang dah tidur awal lepas Isyak macam tu. Mengantuk sebab makan ubat batuk sebelum tu. 


Canggihlah budak-budak sekarang ni.. pakai LED software buat ucapan tu.
Rupa-rupanya ayah ada singgah beli kek balik dari kerja. Makan lah kek di tengah pagi 😁😁😁

Pertama kali Wafi bagi kad ucapan digital. 
Kebiasaanya buat kad sendiri yang berbentuk minta maaf juga hahahha.. comel lah awak ni Wafi.

Terima kasih Wafi buatkan ibu kad yang sangat istimewa ni.

Tiada sambutan lagi lah just ibu bawa kek bawa ke ofis.
Juga terima ucapan dari family dan rakan-rakan.


Petang balik dari ofis terima kek pula.

Kek marble jelita dari Cik Ana yang super awesome.

Tq Cik Ana.
Ain whatsap Kawi minta gambar ibu Anum dengan kek.. tapi terlambat sebab kawi dah potong dulu.. tak sabar makan panas-panas. bau kek marble jelita ni begitu menggugat katanya.



 

No comments:

Post a Comment