Pages

Saturday, January 29, 2022

Muzium Negeri Sembilan

Bila ayah google tempat menarik di Negeri Sembila, Muzium Negeri ni tertera. Bila check hanya beberapa kilometer dari Warung Bambam. Kita pun tak pernah sampai lagi walau pernah sampai ke Muzium Seri Menanti.

Alamat : Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan, 70200, Seremban - Bukit Nenas Hwy, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Masuk percuma.




Peti televisyen hitam putih ni kenangan sungguh.
Pasti ramai yang memilikinya.
Dulu rumah atuk tempat sepupu-sepupu kami datang rumah untuk menonton tv masa rumah mereka belum ada TV lagi.
Zaman tu TV kena ada lesen. Radio ibu tak ingat ada ke tak.






Di tingkat atas ada Pameran Evolusi Basikal.



Masa sekolah rendah ibu ada basikal Chopper macam ni warna merah.
Teringat lagi Pkcik Man tarik tempat duduk tu dan sebabkan tercabut huhu..




Terlebih nur😁

Conto Istana Lama dan Rumah Negeri Sembilan.





Masa kami sampai hanya kami dan 2 orang pengunjung sahaja.
Muzium ni saiz sederhana dan terjaga rapi.
 

No comments:

Post a Comment