Kakak Widad kata nak makan kuih keria Antarabangsa.
Viral juga sebelum ini dan beratur panjang sehingga 1 1/2 jam semata-mata untuk mendapatkan kuih keria ini. Ada juga yang pulang dengan hampa bila kuih habis dijual.
Siap ada personal shopper yang jual ke sekitar Meru/Klang.
Keria Antarabangsa Limbongan Hajah Rahmah.
Gerai ni terletak tepi jalan sahaja.
Tak perlu pun beratur.
Ada juga dijual cendol, laksa dan beberapa juadah lain.
Kami ambil RM8 untuk 10 biji. Beli 2 set.
Kuih keria ni disira dengan gula merah instead gula putih.
Itulah kelainannya.
Ibu beli juga Cendol biasa RM7.
Sebelah gerai keria ada dijual jus Durian Belanda/Soursop atau Sirsak.
Depan sedikit dari gerai Hajjah Rahmah.
No comments:
Post a Comment