Pages

Saturday, January 29, 2022

Melaka 2022 : Makan Malam di Asam Pedas Claypot

Bila masing-masing dah rehatkan badan dan kembali bertenaga kami keluar untuk dinner. Keluar jam 5.30 pm macam tu. Actually late lunch lah sebab kita pun tak lunch lagi. Cik Wada ada share Restoren Asam Pedas ni. Buka jam 5 pm.

Berdepan restoren ni pun ada asam pedas gak. Tapi tak ada orang kot. Kat situ mention Asa Pedas Claypot 2. Mungkin cawangan satu lagi. Ayah kata pergi yang ramai orang. Parking pun banyak walaupun masa kami sampai tu ada pasar malam/petang depan restoren ni.

Sebelum masuk kawasan restoren, owner (kot) minta scan MySejahtera semua. Sangat strict. Wafi sampai terkejut.. ingatkan owner tu tengah marah. Ayah cakap orang Melaka bahasa memang begitu. Nampak kasar. Habis makan pun Wafi tak boleh terima lagi... dia kata janganlah buat orang terkejut.. cakaplah elok-elok... Wafi.. wafi..

Menu yang ada adalah set nasi bersama asam pedas, nasi lemak dan satu lagi tak ingat plak.

Sudah pasti kami nak makan asam pedas.
Dalam set ada asam pedas, nasi putih, telur masin, kubis goreng dan sambal belacan.

Ada pelbagai jenis ikan seperti kembung, pari, jenahak dan tenggiri.. mungkin ada ikan lain tapi ibu baca menu yang awal-awal je. Oh ya.. juga ada asam pedas daging tetel.

Kawi, Wafi dan ayah ambil ikan pari, ibu pilih kembung dan Bami ibu suggest daging tetel.

Set lengkap.. kalau tak silap harga RM14/set
Bergantung pada jenis ikan juga.

Berpeluh-peluh kami makan sebab matahari petang straight kat kami hahahaha.. 
Outdoor kan.
Asam pedas yang tahap kepedasan yang kami boleh tolerate.

 

No comments:

Post a Comment