Hari ni ulangtahun kelahiran atuk yang ke 76 tahun.
Kalau atuk ada pasti kita ramai-ramai sambut.
Hanya iringan Fatihah dan doa buat atuk semoga dilapangkan dan diterangi kubur dan ditempatkan di syurga Allah tanpa hisab.
Semenjak PKP tak dapat ziarah kubur atuk.. rumput-rumput pun dah panjang.
Masa gambar ni diambil Cik Awie semadikan ibunya yang meninggal di pagi Jumaat yang penuh barokah pada minggu lepas.
Tak pasti mengapa dan siapa yang tebang pokok di pusara atuk. Kalau pihak pembersihan yang buat kami akur tetapi pokok di kuburan yang lain ada je. Sebelum ni memang ada yang cantas cabang pokok untuk ditanam di kubur baru tapi yang ini tebang terus. Harap pokok yang ditebang tu memberi redupan buat kuburan lain.
Insyaallah nanti kami ziarah pusara atuk ya.
Aamiin...
ReplyDeleteMoga Atuk tenang di sana.
ReplyDeleteAamiin.. tq kak
Delete