Ada beberapa restoren yang menarik perhatian kami untuk dinner tapi akhirnya pilih Juara Food Court bila melalui tempat ni ke restoren pilihan pertama. tak jauh dari hotel.
Abang Imi taknak ikut sebab nak tengojk bola di tv.
Konsepnya ambil kertas order dan tanda di kertas kemudia serahkan di kaunter. Nanti makanan siap akan dihantar ke meja.
Makanan panas akan siap dalam 30 - 40 minit dan telah ditulis di papan tanda di kaunter.
Mujur makanan anak-anak sampai dalam 30 minit macam tu.
Itupun setelah bertarung dengan nyamuk hahah
Disebabkan pesanan yang terlalu lewat diterima ayah cancel order ayah.. makan kacang bungkus je.
Kueyteow kungfu ibu pun sampai setelah menunggu 1 jam 10 minit. Itupun setelah ayah tanya 2 kali. Mereka kata ada buat set siakap untuk pelanggan sebelumnya dan tukang masak seorang sahaja untuk hidangan panas.
Mujur makanan yang kami terima semua sedap. Boleh bagi rating 10 star.
Sampaikan kakak Widad teringat-ingat kesedapan makanan di situ.
Cuma satu je lah.. masa yang diambil terlalu lama. ibu rate 4/10 untuk service.
No comments:
Post a Comment