Hari ni bawa Wafi beli tudung dan kasut sekolah. Kena setelkan juga sebab next week dah mula sekolah. Nak kena tampal lencana dan tanda nama lagi. Lepastu cuci, gosok dan dah boleh gantung!
Ibu pula teringin makan Oden di Family Mart. Family Mart terdekat di area Setia Taipan. Ok ngam! Boleh terus pergi.
Kita order 2 bekas. Senang nak bagi Bami nanti.
Kebetulan sebelah Family Mart Caltex ni ada Tealive, Gloria Jean's Coffee, 1901 dan beberapa fast food lain.
Wafi pulak teringin Tealive jadi kita beli sekali untuk Adam dan Cik Ana sempena harijadi mereka.
Masa tunggu order siap, kami makanlah Oden tu dulu.
Salah seorang staff kat kiosk situ bagi 3 pcs donut.
Subhanallah... rezeki kami.
Allahu... betul-betul Allah bagi rezeki.
Sempat kami doakan agar rezeki business mereka bertambah-tambah.
Kebetulan kami ada kat situ hampir jam 7.30 pm dan staff sedang membersihkan kiosk untuk menamatkan business hari ni.
Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.. Ya Allah!
No comments:
Post a Comment