Pages

Monday, March 28, 2022

Tabung Haji dan Cendol Klang

Bila baca di media sosial yang pemegang akaun kanak-kanak Tabung Haji perlu menukar akaun ke dewasa dan tarikh akhir dalam bulan Mei 2022. Lambat-lambat risau ada hal lain pulak. Jadi kita buat juga lah tukar akaun. Mujur Abang Imi dan Kakak Widad free. Itupun selepas kelas online kakak kita pergi. Kebetulan ibu clear leave.

Disebabkan hari Isnin dalam kepala dah set akan ambil masa dan ramai orang.

Jam 1.30 pm macam tu kita sampai. Rezeki kami tak ramai sangat.. dalam 2-3 orang je angka giliran tu.
Kiranya no akaun semua sama.. baki duit pun takde transfer ke mana2, hanya tukar akaun ke dewasa sahaja.
Sebelum ni kan under nama ibu juga, jadi ibu kena tandatangan borang juga untuk penukaran status akaun.

Siap buat online banking terus. Username dan password semua ibu simpan juga. Dah pesan kat anak-anak, since ibu yang deposit duit tiap-tiap bulan, jadi tak boleh keluarkan duit sewenang-wenangnya tanpa persetujuan ibu. Jika keluarkan walau RM1, ibu tak akan depositkan duit lagi.

Dah setel dapat souvenir ni.
Ehh... dah boleh pergi umrah atau haji.
Insyaallah.. tunggu sahaja panggilan TH ye anak2.

Keluar je TH, Kawi cakap craving rojak lah.. ingatkan ada lagi Rojak Klang yang femes (atuk suka lepas balik hospital singgah). Rupanya tempat tu dah under construction.
Pusing dua kali juga nak cari parking.

Rojak kat Pasar Jawa Klang.

Seorang sepinggan.

Makan duduk kat kerusi je.. tempat ni memang takde meja.

Habis semuanya... sedap. Semua kelaparan since ada yang tak makan lagi.
 

No comments:

Post a Comment