Pages

Saturday, March 26, 2022

Makan Tengahari di Go Bang Maju

Dalam kereta baru decide samada nak lunch dulu atau ke Amani Vanila Temerloh. Bila tengok waze akan jumpa Go Bang Maju dulu. Dari Titik Tengah Semenanjung ke Go Bang Maju yang terletak di Temerloh ni dalam 30 minit je. Sedang elok juga untuk lunch sebab hampir jam 12 tengahari.

Signboard besar, kedai ni tepi jalan besar je.
Parking pun ample. Ada beberapa RELA jaga parking sebab tempat ni viral jadi ramailah pengunjung.


Dalam restoren.

Konsep kat sini macam IKEA di mana lauk pauk nasi semua sudah dimasukkan dalam pinggan @ mangkuk. Pilih, ambil dan letak atas tray.

Boleh pilih samada nak ikan patin tempoyak, bakar atau pais.


Setiap stesen telah diletakkan harga. Jadi boleh agak berapa harga yang perlu dibayar.

Kaunter air dan dessert.
Air kosong sejuk disediakan secara percuma.

Nasi tu boleh pilih samada nak penuh atau separuh.

Lepastu bolehlah ke kaunter bayaran pula.
Masuk tol okeh.. hahah

Datang pun sebab nak makan patin tempoyak jadi kita makan ini sahaja. Ayam goreng tu tambahan untuk anak-anak.
Disebabkan Wafi kurang makan tempoyak jadi ayah ambilkan semangkuk sup cendawan.

Semangkuk ikan masak tempoyak samada bahagian kepala, badan atau ekor adalah RM15.
Rasa kuah di sini agak pedas dan kurang masam.
Tak perlu dah makan dengan sambal belacan.

Ayah ambil dessert cendol aiskrim makan kongsi.

Puding Raja ni beli di restoren ni dan tapau makan di hotel sebab masih kenyang lagi.

No comments:

Post a Comment