Pages

Saturday, March 26, 2022

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Next pit stop Temerloh Titik Tengah Semenanjung.

Ambil gambar dulu di luar.

Pintu masuk. Beli tiket dulu.
Dewasa RM5 
Kanak-kanak RM3

Jom tengok view sebelum sampai ke monumen.

Boleh lah nak bergambar dibeberapa  port tapi dek cuaca yang panas masing-masing tidak mahu bergambar banyak. Jadi ibu hanya ambil gambar pemandangan sahaja.

Kena menapak ke arah monumen atas sana tu.




Kawasan sekitar bersih terjaga.

Info ada di sini.

Titik Tengah Semenajung Malaysia

Semasa pemerintahan British di Malaya, Kg Belimbing di Daerah Lipis telah ditetapkan sebagai titik tengah Tanah Semenanjung Melayu dengan dibina batu tanda "0" sebagai rujukan jarak ke seluruh negara.

Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menjalankan kajian bagi menentukan titik tengah Semenanjung Malaysa. Hasil kajian tersebut mendapati titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Lot 2082, di bawah salah satu pondok Madrasah Darul Ulum, Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh, Pahang dengan koordinat latitud 03 29 32.78, longitud 102 13 09.74 dalam sisten kerangka rujukan Geocentrik Datum of Malaysia 2000 (GDM 2000).



Monumen Titik Tengah Semenanjung Malaysia JUPEM

Dengan persetujuan Kerajaan Negeri, JUPEM telah membina sebuah monumen yang terletak di lokasi sekarang dengan latitud 03 29 33, logitud 102 13 10, di mana kedudukannya 133 meter dari kedudukan asal titik tengah Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun nilai asal koordinatnya masih dikekalkan dalam nilai saat terhampir. Titik tengah Semenanjung Malaysia JUPEM ini juga berfungsi sebagai salah satu titil kawalan ukur untuk Semenanjung Malaysia.

Monumen Ikonik Termerloh Titik Tengah Semenanjung

Sekarang ini titik tengah Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Temerloh Titik Tengah Semenanjung (T3S). Monumen Ikonik Temerloh Titik Tengah Semenanjung dibina bagi meraikan Temerloh sebagai bandar Titi TEngah Semenanjung. Kedudukan Monumen Ikonik dianjakkan sejauh 8 meter dari Monumen JUPEM bagi memastikan cerapan ukur dapat dibuat tanpa sebarang halangan.





Kat tepi tu sangkar haiwan peliharaan.

Penggelek getah sekerap ni menggamit kenangan.
Dulu arwah atuk ada letak bawah rumah.
Ibu pun pernah cuba gelek.

Reban ayam.

Masa ni cuaca panas tapi dikelilingi pepohonan yang rimbun dan menghijau.

Sebelum balik beli cenderahati berupa fridge magnet dan anak2 pilih cenderahati pilihan masing-masing. Wafi memilih scrunchie dan kakak Widad pilih kipas kecil.
 

No comments:

Post a Comment