Pages

Sunday, March 27, 2022

Sarapan Pagi di Warung Pekan Lama

Ayah suggest breakfast kat Warung Pekan Lama. Review dari google.
Sebelum jam 8 am dkeluar berdua sahaja sebab anak-anak lepas Subuh nak tidur semula.

Warung tepi jalan.
Ibu suka sangat kalau dapat makan kat tempat macam ni.
Relax.

Kuih muih.
tapai pulut pun ada. Ada lagi kuih muih yang tak ter"capture" di dalam kamera.

Mi dan bihun goreng.

Lempeng dan nasi minyak.
Rendang ayam sedap.
Daging masak hitam pun ada.

Kalau boleh semua nak rasa.

Setelah ditimbang tara ibu ambik ni.
Pulut + serunding dan ubi rebus + kelapa dan gula perang.

Ayah ambil lempeng.
Sedap serunding ikan tu.

Makan sorang sikit nak rasa.
Semua yang kami ambil sedap.

Setup simple tapi cantik.

Ambience camni memang best.

Kopi-o dan teh-o dah siap bancuh dalam bekas. Sedap kopi o ni.. kepekatan dan rasa yang cukup.

Tempting sangat semuanya.
Masa tulis blog ni masih terasa kesedapan pulut serunding tu.

Highly recommended warung ni.
Buka setiap hari 8 am - 4 pm
Jumaat tutup.

No comments:

Post a Comment