Dah nama pun berjalan-jalan ke Pahang jadi perjalanan balik pun singgah lagi ke Temerloh mencari ikan patin tempoyak lagi.
Kali ini makan di Kancil Raja patin, Temerloh.
Late lunch lah sebab jam pun dah menunjukkan pun pukul 3.45 pm
Barulah kena dengan tekak kami sebab kurang pedas, ada rasa masam dan manis.
Jadi pilihan kami patin tempoyak di sini sebab menepati selera kami berbanding Go Bang Maju.
Baru nampak ranking pilihan masakan di sini.
1. Patin bakar
2. Patin pais
3. Patin tempoyak
Ok dah boleh balik Klang.
Rupanya hari Ahad hari jem.
Sempat singgah solat di RnR Genting Sempah.
Sambung balik jem.
Sampai rumah jam 10.30 malam
Pengsan.
Kaki ni dah rasa nak tanggalkan.
Alhamdulillah short holiday sempena hari jadi ayah esok.
No comments:
Post a Comment