Pages

Sunday, March 13, 2022

Wafi Vaksin

Mulakan hari Ahad dengan briskwalking bertemankan Kakak Widad setelah beberapa minggu banyak sangat excuses.
Dapatlah 5.56km.

Balik lepas bersihkan diri, jahit pulak kain sekolah agama Wafi 2 helai.
Selesai.
Masak untuk lunch pulak. 
Sebelum tu ayah ajak ke food review Clove Restaurant sempena Buffet Ramadhan.
Rushing pulak jadi ibu tolak awal-awal. Ayah je pergi.

Jam 2 pm baru setel semua.

Kena bawa Wafi pula appointment (2 - 3 pm) vaksin 1st dose.
Ibu pilih Klinik Oasis di Eco Grandeur je sebab dekat. 
Mula-mula tu dapat kat Persatuan Soka Gokkai Klang. Ibu decline sebab agak jauh dan kalau boleh ibu tak nak pergi tempat yang agak ramai orang.

Panggilan untuk Wafi.

Doktor sembang-sembang dulu dengan Wafi nak bagi tenang.
Wafi ok je sebab kat sekolah pun ada ambil suntikan juga.

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak.
Dos yang diberikan adalah 0.2 ml dan mengandungi 10msg vaksin mRNA. Dos ni adalah 1/3 daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa.

Program vaksinasi kanak-kanak juga memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

Kita usaha.

Doktor akan update dalam MySejahtera. Dapatlah digital certificate bewarna putih.

Lepas vaksin reward Wafi makan aiskrim di MyKori.
Sebelah je dengan klinik.

Chocoreo RM12
Ambil yang kecil pun banyak juga.
Makan bertiga.

Choco Almond Dip Croffle RM10

Pertama kali Wafi pakai tudung 2 lapis.
Macam dah besar plak awak ni.
Jadilah baby ibu selama-lamanya!

No comments:

Post a Comment