Aktiviti ini kami namakan sebagai keretapi air. Nak sebut water rafting terlalu lembut pulak sebab biasa water rafting guna pelampung flat dan air agak deras. Ini aliran air slow motion je hahhaha
Santai je pun masuk pelampung ni.
Mujur kalau dalam air badan boleh timbul.
Orang muda pun ada yang tak sanggup usung pelampung untuk dapatkan distance yang dikehendaki.
Cuaca pun redup je.
Selekoh selepas itu kami takde lah pergi.. takut sampai ke Sungai Perak plak😎
Masing-masing kena usung sendiri pelampung. Hilang... korang bayar sendiri ya.
Harga sewa pelampung RM10 sebiji, tak pasti kira hari atau camne tapi Cik Cha bayar sekali je.
Deposit RM25.
Missed you kakak Widad.
Tentu seronok kan kalau dapat join.
Kalo ini kami sebut tubing. Banyak di jogjakarta. Krn di sana aliran sungainya cocok buat tubing, pelan. Tapi saya tak seberapa suka, Krn lambat hahahaha 😄😅
ReplyDelete