Tadi kami sampai sekolah Wafi jam 11.50 am. Sampai² pergi dulu Bilik Kaunseling jumpa Cikgu Nuha, Cikgu Faz dan Cikgu Suhaimi. Guru² yang banyak memberi motivasi kepada Wafi untuk stay di sekolah ini sehingga sekarang. Malahan ibu dan ayah juga pernah dapatkan khidmat kaunseling Cikgu Faz tahun lepas semasa Wafi banyak kali minta pindah sekolah.
Lepas jumpa cikgu² kaunseling dan serahkan buah tangan berupa kuih raya, ibu ayah ke pejabat asrama pula untuk bayar yuran makan. Yang ni leceh sikit sebab untuk yuran makan hanya boleh bayar secara tunai. Pada ibu kalau bayat melalui online lagi mudah lebih² lagi bagi parents yang tinggal jauh. Tahun ni yuran makan Wafi berjumlah RM852. Ibu tak berani serah kat Wafi duit banyak² sebab sering terjadi kehilangan wang di asrama.
Jumpa dah budak tecik ni.. hamboiiii.. kemain dia dengan geng² nya. Yang ibu ingat Alya, Wafa, Pipah, Afiqah, Anis, Denisha. Lupa pula nak ajak mereka bergambar sekali.
Oh ya.. beberapa hari sebelum ni Wafi dah pesan pada kami agar memakai pakaian yang tidak over. Pakai biasa² je. Pakai kasual. Mungkin dia takut ayah pakai kemeja bertali leher dan berkot. Alahaiii.. ayah bukannya CEO Megah Holdings😅. Cuaca kat utara dah lah panas, jadi pakai simple je lah.
Pesan kat ayah lagi jangan pakai kasut pelik². Ye lah... ayah kan pengumpul kasut Adidas jadi biasanya kalau keluar melaram dengan kasut yang pelbagai warna.
Ayah siap janji pakai kasut kaler hitam. Baju kemeja ASAS kaler gelap.
Fuhh... banyak betul syarat² dia. Ni karang kalau tak penuhi mau muncung boleh sangkut kat hanger.
Ikut jadual majlis serahan slip jam 1 - 2 pm tapi jam 12 lebih cikgu kelas sudah ada, jadi kami jumpa terus.
Ini ibu bergambar dengan mama Huzaifi dan mama Alya. Mereka je lah yang sampai awal sebab yang lain² ikut timing rasanya.
Masa ni parents kami bertiga je jadi dapatlah ajak cikgu bergambar sama.
Masa sampai kat sekolah ibu terserempak dengan beberapa orang anak² Selangor. Ada yang menegur ibu dan ayah dahulu. Ada yang ibu panggil bila ibu nampak mereka.
Haziq ni dari jauh nampak ibu dah senyum² dan tegur ibu.
Mama Haziq punyalah seronok dapat tengok picture anak. Rindu sangat kat anak bujangnya ni. Maklumlah beberapa minggu anak tak balik. Sepanjang bulan puasa Haziq tak balik.
Parents jauh tak datang untuk ambil slip jadi anak² ambil sendiri tapi cikgu² sudah dimaklumkan terlebih dahulu.
Alhamdulillah selesai urusan di sekolah. Anak² yang sudah selesai awal bolehlah balik.
Kami bawa balik Wafi dan hantar ke rumah mak ngah. Wafi akan stay sana sampai Sabtu. Nanti makngah hantar balik asrama.
Ibu ayah akan tolak balik Selangor selepas berbuka puasa.
Alhamdulillah... Semoga yg baik2 je utk wafi... Kemain syarat2 dia... Kikiki
ReplyDeleteAmboi... Wafi banyak letak syarat berpakaian ye.
ReplyDeleteSemoga ibu dan ayah selamat sampai Selangor.
Alhamdulillah, tahniah...
ReplyDeleteKemain ye syarat dia hihi...
ReplyDeleteSemoga sukses selalu Wafi 🤲
Wahhh gini kena patuhi syarat berpakaian ya...
ReplyDeleteHahahaha jadi ayah ibu tak boleh pakai outfit yang bisa menarik perhatian orang lain lah yaaa 😁😅.
ReplyDeleteMemang agak repot kalo pembayaran tak bisa online dan harus cash. Yg tinggal jauh harus luangkan waktu lah yaa. Apa kira2 alasan sekolah tak bisa online.. semoga next nya bisa makin mudah utk metode pembayaran, jadi tak perlu cash lagi