Pages

Saturday, March 2, 2024

Ke Ikea Mencari Towel

Petang tadi selepas habis fisio ibu kita terus ke Ikea Damansara. Tujuannya nak membeli towel mandi Wafi. Sebelum ni beli sehelai bawa ke asrama dan Wafi suka fabriknya. Itu yang dia request nak beli lagi.

Masa kita sampai tu dah jam 4 lebih. Perut pun dah lapar sebab tak lunch lagi. Pagi tadi masing² late breakfast.

Abang Imran dan Aqil pun join sekali sebab Abang Imi ada kat rumah nenek. Mereka pergi asing dan jumpa di foodcourt Ikea.

Lepas makan, solat Asar dan teruslah masing² cari barang yang diingini.


Pantang nampak cermin ada je nak ambil gambar 

Gembiralah bila dapat barang dia.
Disebabkan hanya sehelai tuala, beranaklah pulak barang² yang dibeli😬

Sementara tak ada orang lalu😅

Bertiga pula.

Dapatlah Wafi jumpa ibu Braco.


Antara design dapur idaman.
Taksalah kan nak berangan🤣

Setel kat Ikea gerak balik. Singgah dulu di RnR Denai Alam untuk solat Maghrib. Tunggu terus solat Isyak.. jadi bolehlah luruskan kaki. Penat mengukur Ikea tu.
Lepastu ke Pasaraya Karnival di Puncak Alam. Kali ni beli seluar tracksuit Wafi.

Ada beberapa barang lagi nak setelkan.
💪💪
 

18 comments:

  1. Antara benda lain yang menarik selain perbot di IKEA ialah fabrik dia. Banyak yang berkualiti dah harga pun ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. lagipun banyak barangnya sangat praktikal.

      Delete
  2. Interior design setiap set tu sangat menarik walaupun ruang yang terhad.

    ReplyDelete
  3. Lama juga tak pergi IKEA Dsara ni. Sekarang ni ke IKEA di MyTown sebab dekat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheras sekali je pergi dulu.. terasa jauh😅. Damansara sekarang lagi dekat guna DASH.

      Delete
  4. akak..barang2 asrama Wafi ada yang hilang tak setakat ni?tengok akak beli tuala tu yang teringat nak tanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni yang hilang atau tersalah letak😉😉.. cash, stationeries, & T-shirt rumah sukan.

      Delete
  5. Island kitchen tu mmg idaman hati PH juga :)
    Itu yg bahaya pergi IKEA tu hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni berangan je PH... nak dapat macam tu cam susah je😃

      Delete
  6. Antara tempat yang saya nak pergi Ikea...macam best jer sebab shopping hardware.
    /Barang keperluan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang Semenanjung ni Mrhanafi, kalau guna personal shopper atau beli online takut tak puas hati pula.

      Delete
  7. Terlihat Wafi senang sekali berjumpa dengan ibu braco ya Mbak...
    Btw, sudah lama saya tak mampir di IKEA. Paling asik lihat model-model yang ditawarkan, tapi harganya...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih keanak²an... bila masuk bahagian kanak² suka main².

      Kami cari barangan yang mampu milik je Pak Asa.. lagi banyak yang mampu lihat 😅

      Delete
  8. Masuk IKEA mesti beranak-anak barang nak dibelinya. Itu biasa...
    Saya pun suka beli towel IKEA. Tapi sekarang tak ada yang saiz besar. Semua kecil yang biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. dulu ada saiz besar. Akak biasa beli towel saiz biasa dan face towel je.

      Delete
  9. Itulah kenapa sampai sekarang saya belum pernah mampir IKEA kak. Kuatir khilaf beli macam2 di sana , semua produknya menggoda sangat 🤣.

    Design Dapur nya memang bagus. Saya pasti semangat nak masak kalo di sana 😄

    ReplyDelete
  10. Island kitchen tu cantik kan..ntah bila nak renovate rumah ni...idaman SA tu..

    ReplyDelete