Pages

Saturday, March 9, 2024

Last... Hantar Wafi

Pagi ni giliran Wafi pula balik ke asrama. Seawal 5 pagi kita gerak ke Sungai Petani. Setelah sebulan Wafi dapat bangun lewat, bermula hari ni rutin kembali normal. Ibu kejutkan jam 4.30 am setelah ibu siap². Lepas mandi Wafi pakai Tshirt dan tudung sarung je, nanti dah sampai SP baru tukar baju korporat.

Beg semua dah masuk dalam boot kereta malam tadi. Senang... pagi tak kalut.

Masa balik haritu kan bawa balik semua barang tapi adalah yang ditinggal dalam bilik store. Nanti Wafi bawa turun untuk ibu bawa balik.

Jam 6.30 am ayah exit Sungkai jadi bolehlah kami solat di surau tol. Nak stop di RnR seterusnya macam lambat pula. Lepastu kami terus ke jalan dalam nak cari breakfast tepi² jalan je. 

Wafi dah lapar.

Makan kat warung tepi jalan Kampung Bikam.
Bolehlah pekena nasi lemak ayam, kacang pool dan mi kari.

Kemain Wafi pagi² makan mi kari. Surprisingly dia suka sangat terutamanya sebab ada tauhu angin tu.

Sarung bantal dan cadar tu dah siap gosok, Wafi minta gantung camtu. Kalau lipat sampai asrama kena iron semula. Buat camtu kakak senior yang ajar. Bagus juga idea camni. 

Setelah 7 jam perjalanan dan few pit stop sampailah kami ke Sungai Petani jam 12 pm. Misi seterusnya... lunch dan cari barang tertinggal di Lotus. 

Tadi masa 10 minit keluar dari rumah Wafi kata tertinggal botol air. Ayah kata takyahlah patah balik, nanti cari kat SP. Macam biasa.. barang yang nak dibelinya 1 je tapi bila dah jumpa bantal beli je lah. Kisahnya petang semalam Wafi kata nak bawa bantal kekabu sebab takut tak selesa bantal kat dorm baru.

 Oh ya... Wafi pindah dari Blok D ke Blok C. Malam tadi cari bantal kat pekan tapi tak jumpa yang berkenaan either bantal terlalu tebal dan keras atau design tak menepati rasa. Malam tadi kata dah ok kalau rak dapat Wafi akan tukar bantal dari Blok D tapi bila dah jumpa yang berkenan di Lotus bolehlah beli. Masa ambik tak tengok harga, bila bayar RM41... laaa... mahal rupanyašŸ¤£šŸ¤£

Lepas makan gerak terus ke sekolah... kalau ikut seberang jalan je dari Lotus ke sekolah.

Daftar asrama dulu, kakak senior jaga kaunter. Ada spot check kot pelajar bawa barang terlarang. Wafi cuma bawa handphone je tapi untuk pelajar luar Kedah dibenarkan dan perlu bawa surat permohonan bertulis kepada PKHem dan diserahkan kepada warden bertugas.

Parents tak boleh naik dorm tapi dibenarkan angkat barang hingga pintu masuk asrama. Tu beg Wafi tinggal 1, beg paling berat berisi buku². Beberapa kali naik tingkat 3 ibu tengok pun kasihan sangat. Ibu minta Wafi angkat perlahan² dan tak perlu rushing. Ibu ayah boleh je tunggu. Walaupun untuk F2 daftar asrama jam 4-5 pm tapi kami sampai awal tetap dibenarkan daftar. 

Baju² ni last angkut. Masa ni Wafi tunggu dalam kereta dulu about 30 minutes. Lepaskan lelah mengangkat barang tadi.

Jam 3 baru Wafi nak naik dorm, kemaskan barang² yang dibawa dan mandi². Lepastu bolehlah berehat.

Alhamdulillah.. semakin ceria dan tak sabar² nak jumpa kawan². Masa ni Alya dan Wafa dah sampai. Mereka kekal di Blok D.

Bye bye Wafi.
Ibu ayah balik rumah Tokwan dulu.
Insyaallah jumpa lagi bulan depan sempena cuti HRP.

Semoga perjalanan jihad awak menuntut ilmu, Allah sentiasan permudahkan.
 

10 comments:

  1. Jauh perjalanan 7 jam itu samalah dengan tempoh perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Selamat kembali ke sekolah Wafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umur sudah separuh abad ni bawak kereta pun relax² je kak. Berhenti pun banyak kali. Kalau ikutkan jalan hiway pagi tu lengang je. Kalau bawak laju rasa 5-6 jam boleh sampai tapi husband memang jenis bawak kereta tak laju (polis trafik dok sebelahšŸ¤£šŸ¤£).

      Delete
  2. selamat kembali ke asrama adik.. :).. belajar sungguh2 yer..

    ReplyDelete
  3. selamat memulakan sesi persekolahan baru wafi...

    ReplyDelete
  4. Nampak okay tu, insha Allah yg baik² saja utk Wafi šŸ¤²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dah ok tu.. harap berkekalan di sanašŸ„°

      Delete
  5. Seronok tu dapat bantal baru. Mahal juga bantalnya.

    ReplyDelete