Pages

Saturday, March 9, 2024

Selamat Sampai

Alhamdulillah Abang Imi dan Kak Widad sudah selamat sampai ke destinasi masing².

Petang semalam ibu hantar Bami ke Terminal Bas Sani dan bas bertolak jam 5 pm.

Booking tiket awal dapatlah duduk single seat. Pagi tadi jam 4 lebih Bami beritahu sudah sampai ke Unisza jam 2.15 am

Sebelum tu ibu bekalkan Bami nasi goreng udang jadi sampai² rumah sewa bolehlah makan dulu.


Bas Kawi pula jam 10 pm ke Jerteh. Bila naik bas Sani laluannya ke Terengganu berbanding bas Express Perdana yang menggunakan route Kelantan. Sampai Jerteh kakak kata nak temankan kawan shopping barang dulu. Kawan kakak yang dari Ipoh naik bas sama dari TBS.

Tu haaa kakak duduk atas .. seat single  no. 1 

Last seat single lah tu sebab beritahu ibu lambat untuk beli tiket . Jam 2 lebih kakak mesej dalam grup katanya tak boleh nak tidur sebab orang sebelah tidur berdengkur dengan kuat. Sabar je lah ya.. rasa bukan kakak seorang yang tension, semua yang dalam bas pun sama😵‍💫

Ni ibu, ayah dan Wafi menghala ke utara. Hantar Wafi pula.

Semoga perjalanan kami lancar.



 

9 comments:

  1. ibu ayah pun puasa berdua juga la ye kali ni...kami ni xtau la macam mana tinggal berdua,rasa macam hari2 nak buka puasa dekat masjid je la meriah sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. ini pertama kali puasa berdua.. kalau sebelum² ni kakak abang masa puasa kebetulan cuti sem. tengok camne nanti.. kalau mak tak buka kat masjid dengan geng²nya kami balik buka puasa rumah mak. Kalau tak... berdua jelah..
      Menarik juga buka di masjid eh , akak tak pernah lagi.

      Delete
  2. semoga Allah mudahkan semuanya.. unisza ek.. 30 minit dr rumah ldy.

    ReplyDelete
  3. Semua dah kembali ke sarang, sunyilah rumah ☺️
    Semoga dipermudahkan segala urusan Akk sekeluarga 🤲

    ReplyDelete
  4. Saat-saat beginilah yang adakalanya sangat mengusik hati seorang ibu. Anak seorang ke sana, seorang ke sanun. Semoga dipermudahkan urusan mencari ilmu.

    ReplyDelete
  5. Hahahahah memang lah kalo dpt duduk dengan orang yg mendengkur kuat, pasti terganggu , perjalanan malam pula yaa 🤣. Nanti sampai tujuan baru tidur puas si kakak 😁

    ReplyDelete