Ni cerita hari Sabtu dan Ahad minggu lepas. Weekend barulah ramai-ramai dapat berbuka sama-sama di rumah nenek. Weekdays pun nenek dan seisi rumah nenek berbuka di masjid sahaja. Bila weekend masing2 book nenek untuk berbuka di rumah.
Masing-masing potluck sorang sikit, jadi penuh lah meja. Buat style buffet je sebab nak hidang kat bawah tak cukup tempat.
Masing-masing sudah membesar.
Lepas berbuka, solat jemaah Maghrib pula sebelum masing-masing bersiap untuk ke masjid solat Isyak dan Terawih.
Hari Ahad ibu buat daging masak kicap je. Kuih tak buat/beli.
Cik Wada buat bubur lambuk resepi Che Nom. Sedap. Ibu makan 2 mangkuk. Tapau lagi buat sahur bila ada baki.
Nak kena fikir dah masak apa untuk weekend ni 😅
sedapnya semua menu...linda igt next week baru nak balik kg...
ReplyDeleteTudia.... meriahnya! Bahagia rasanya memiliki keluarga besar dan dapat berkumpul ramai-ramai waktu berbuka puasa.
ReplyDeleteHaah la nak maska apa weekend ni erk sebab en suami balik...
ReplyDeletesaya pun balik buka puasa rumah mak sabtu ahad tak la rasa sunyi sangat,tapi tu lah dah kelam kabut ramai lupa pula nak ambil gambar
ReplyDeletemeriah sungguh denagn banyak makanan...best tu happernig
ReplyDeletemeriahnye dapat berbuka ramai2 mcm ni...
ReplyDeletekami tak sempat balik berbuka dengan mak ayah lagi.insyaAllah raya nanti balik awal sikit dapat berbuka dengan mereka
ReplyDeleteMeriah menunya. Paling menarik makaroni tu. Hehe
ReplyDeleteBubur lambuk tuh pake taburan bawang goreng ya kak? Duuuh pasti sedaaap sangat 😍😄😄. Saya jadi ingat bubur kanji Rumbi khas Aceh kalo lihat bubur lambuk.
ReplyDeleteKalo kumpul ramai, memang paling best potluck. Jadi banyak aneka menu