Pages

Monday, March 25, 2024

Weekend Family Iftar

Seperti biasa Sabtu dan Ahad ibu dan ayah berbuka di rumah nenek bersama adik beradik yang lain. Mana yang dapat balik je lah.

Ibu masak paru berlada sahaja. Kuih muih semua tak beli sebab biasa ramai je yang bawak. Paru ni ibu rebus dulu dalam Noxxa 25 minit dan tinggalkan pergi fisio. Ayah je lah ada di rumah untuk tengok². Balik rumah toskan je dulu lepastu ibu tidur petang. Jam 5.30 baru masak.. taknak duduk dapur lama² sebab cuaca panas.

Ni antara makanan yang adik² bawak. Ada juga punjungan dari saudara berupa sebekas nasi ambeng. Cik Cha buat ayam kicap ala Khairul Aming.. ehhh.. diorang kata kena tulis dalam blog sebab selalu Cik Cha tak masak😂😂. Cik Wada bawak spegeti oglio alio dan tongkeng goreng. Cik Nora bawak begedil, sambal tempoyak dan terung rebus.. sedap ooo

Kaswi gedik ni ibu request dari Cik Biela. Last week Cik Biela pun buat tu yang teringat². Lepas minum air rasanya ibu makan 4 ketul😅. Sebelum balik tapau lagi untuk moreh di rumah nanti.

Masing² behave je makan.

Yaya.. yaya.. dah ngape duduk tengah² tu.

Ibu jadi nanny Dina, Yaya dan Cem whilst ibu ayah mereka pergi masjid.

Ibu solat di rumah je sebab kaki luka dan bengkak. Pagi Sabtu tu ibu nak cuci pokok hiasan entah macamana ibu angkat batang pokok instead of angkat pasu. Dah pasu tu jatuh dan terhempap kat bahagian atas kaki ibu hampir pada ibu jari kaki huhuhu.... Pasu tu pulak lepas jatuh kat kaki baru terhentak kat lantai lalu pecah tapi takdelah kena kaki ibu.

Inj pula juadah hari Ahad.. Malam tu kurang meriah tapi cukuolah untuk semua. Cik Elis bawak makaroni goreng, kaki ayam goreng, hati ayam tumis, popiah. Cik Baya dan Cik Wada bawak koteow goreng.. Camtu lah.. walau adik beradik still termasak menu yang sama. Ibu bawak udang masak lemak cili api campur kacang buncis.

Nenek goreng keladi.. arghhh.. sedapnya.. rasa 10 ketul ibu hadap.. nenek kata ingat tak ada orang nak makan 😁. Mana plak tak laku.. favourite tu!

Crowd pun kurang hari Ahad tu. Ada yang berbuka dengan mertua dan ipar² lain.

Tak ngape lah.. mana yang ada kita penuhkan rumah nenek.

6 comments:

  1. Alhamdulillah
    Seronoknyer berbuka reramai

    ReplyDelete
  2. Meriah. Bukan selalu dapat berbuka ramai-ramai macam ni.

    ReplyDelete
  3. sekali sekala dapat keladi goreng...fuhhh, sedap...susah nak jumpa dah sekarang

    ReplyDelete
  4. Kalau dekat nak buat muka x malu join sekali...hahahaha..seronok ramai- ramai macam ni kan

    ReplyDelete
  5. Bahagianya dapat berbuka ramai-ramai begini.
    Makanannya pun sedap-sedap belaka.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete