Ini pertama kali ibu pergi seminar yang diadakan di panggung wayang. Seminar E-Invoice ni pada mulanya diadakan di KDU College Utropolis Glenmarie kemudian ditukar pula ke GSC, Starling Mall kerana penyertaan yang meningkat. Mana-mana pun bolehlah since tak jauh pun dari ofis, dalam 20km.
Dari ofis 2 kereta, ibu bawaklah 3 orang lagi officemate. Dah sampai Starling Mall, bila masuk lift kenapa lain macam, tak ada pulak tingkat yang GSC tu. Turun semula dan tanya staff kat concierge. Rupanya itu Imuzium, bangunan ofis yang terletak bersebelahan dengan Starling. Nampaknya kena keluar semula bawa kereta sekali. Walaupun bangunan bersambung sebelah tapi still kena pusing satu bangunan untuk ke parkir mall.
Nampak dah booth pendaftaran dari sini. Walaupun belum jam 9 dah ramai yang register. Masing-masing semangat kot nak masuk seminar. Seminar 4 jam ni free untuk pengguna SQL Accounting System. Jika tidak RM99 perlu dibayar. Itu yang kami utilised mana department yang terlibat dengan e-Invoice yang bakal dilaksanakan pada 1/8/2024 (bagi turnover RM100mil)
Penganjur mentioned mereka book 2 slot tayangan untuk seminar ni dan Hall 1 ini memuatkan 400 orang. Mereka juga menyediakan pack cake buat kudapan, jadi yang berpuasa bolehlah take away.
Termasuk seminar kali ini ibu sudah join 4 kali termasuk yang berbayar di Eastin Hotel, PJ akhir bulan lepas.
Semoga adik-adik ofis yang lain dapat menambah ilmu dengan subjek yang berkaitan.
Ibu seram juga memikirkan assignment kali ini yang agak berbeza dengan GST yang sempat diadakan pada 2015 hingga 2018.
GST submission under Kastam manakala e-Invoice pula under LHDN, definitely sangat berbeza dan masing-masing punya cabaran tersendiri.
Let the flow flows lah... nak fikir banyak sangat pun kena buat juga huhu....
assalam...boleh saya dapat contact number supplier yang uruskan SQL Accounting Software ni..thank you
ReplyDeleteWsalam, ini dari website mereka 016-2503566
Deletesenang nak paparkan..logik jugak buat dekat panggung wayang...
ReplyDeletesalam kenal ya
Screen besar dan sound system pun mantap. Puas hati.
DeleteSalam kenal juga buat Linda.
lain dari yang lain ni kak...tapi kalau tutup lampu mau semua pejam mata dengar seminar
ReplyDeleteGamaknya itu lah lampu yang paling terang diorang pasang. Kalau dim lagi mau semua tidur 😂😂 dah lah kerusi sedap.. sejuk pulak dalam tu.
DeleteRajinnya ikut seminar. Hebat tu 4 jam. Kalau saya jam ke-2 dah belayar ke lautan mimpi kihkihkihh. Tahniah Faizah.
ReplyDeleteKalau SA ni confirm emnguap selalu ni memandangkan gelap..hahaa
ReplyDeleteSeminar dalam GSC.....tempat duduk best, lampu pulak takde terang sangat, sejuk pulak tu....
ReplyDeleteDulu saat saya masih kerja, seminar seperti ini sering juga saya ikuti, Krn memang yg namanya sistem pastilah update selalu. Mau tak mau, ofis pun update system, staff disuruh juga utk update knowledge 😄. Memang pening. Tapi lama2 jadi biasa juga.
ReplyDelete