Pages

Monday, October 31, 2022

Bermalam di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Lepas hantar Abang Imi, kita check in dulu hotel. Dalam 30 minit macamtu lah dari U.

Masa singgah rumah Cik Yah untuk mandi dan berehat, Cik Yah beritahu stay je rumah mereka tapi ayah dah book hotel dan settle payment. Jadi lain kali je lah kita tidur Padang Midin. Manalah nak tau rumah Cik Yah tu besar sungguh, ingat teres๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Paya Bunga Hotel.

Hotel ni kat middle of town. Sebelah tu ada UTC, mall, stesen bas dan bila google within walking distance to Pasar Payang.

Lobby,
Rasa macam sekejap je ayah register.
Book melalui Booking.com
Kalau tak silap RM200/night.

Ice lemon Tea as welcoming drink.
Ayah dan Wafi je minum.

Bilik kami di tingkat 10.

Selesa lah untuk kami berempat.
Cuma agak gelap lah sikit since dinding dan karpet kaler hitam.
Selak curtain dan guna day curtain je.

Tak sempat pun nak bancuh air semua.
Sempat tidur dan bersihkan diri je.

Attached room sebelah tu.

Disediakan Tafsir Al-Quran dan buku panduan atas meja.

Bilik air bersih.

Oh ya... ada swimming pool tapi tak sempat pun bawa Wafi mandi situ.


Basic je toiletries dia.

Iron pun disediakan.

Safety box ni kat mana-mana hotel yang disediakan kami tak pernah letak pun anything hehehe.. takut tertinggal je๐Ÿ˜‚

View dari level 10.
Bawah tu bumbung mall rasanya.

Nampak lah Jambatan Angkat Kuala Terengganu.
Nun di sana laut.

Hallway.
Since hotel ni berkonsepkan Islam, alunan bacaan Quran sentiasa berkumandang. kebetulan speaker betul2 kat atas syiling depan pintu bilik kami.

Lepas letak barang, kita turun semula cari lunch plak.. masa ni dah almost 3 pm. Nak berkejar cari keperluan Abang Imi juga.
Mujur MrDiy dan tempat jual pakaian kat sebelah bangunan je.

Selesai Daftar Pelajar Baru di UNISZA

Ibu share gambar-gambar setelah selesai pendaftaran Abang Rahimi sebagai pelajar baru di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) pada Sabtu, 29 Oktober 2022.

Semoga Abang Rahimi seronok belajar di sini.
Insyaallah 2-3 bulan abang Imi akan mengecil macam di Poli haritu.



Berlatar belakangkan kolej siswa.



Cukup berlima.
Masa ni masing-masng dah rasa sayu.


Wafi lah yang terpaling sedih untuk tinggalkan abang.

Kawan main.
Kawan same interest tentang gajet.
Kawan bertumbuk.
Kawan bergaduh.
Kawan merajuk.
Kawan deko-deko.
Kawan meluahkan perasaan.
Kawan mengadu bila kakak tampar-tampar sayang.
Kawan berebut kulit ayam.

Bagi Wafi, Bami ni pelindung dan penasihat adik beradik di rumah.
Walau beza usia 10 tahun, tapi mereka agak rapat walau kadang gurau senda diorang ni buatkan ibu geraammmmm je.

Ayah pun dah sebak.
Wafi bagi bantal busyuk dalam kereta untuk abang.. kiranya .. bila rindu, abang peluklah bantal ni hehehe...

Kami gerak ke hotel dulu untuk check in.
Malam jumpa lagi sekejap untuk hantar beberapa keperluan yang dibeli di Kuala Terengganu kerana tak sempat nak sediakan awal-awal.

Sebelum tu basahkan tekak dulu di foodcourt dalam kampus.
Tak sempat nak explore Unisza ni.
Insyaallah akan kembali lagi.
 

Saturday, October 29, 2022

Perjalanan Hantar Abang Imi Daftar Unisza

Ibu cerita serba sedikit tentang perjalanan Abang Imi daftar sebagai pelajar baru Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

27 Oktober 2022 - Pagi terima surat tawaran Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial Dengan Kepujian melalui website Unisza.  Abang Imi belum bagi kata putus. 

Ibu pulak memang tak pernah lah dengar degree ni. Ye lah.. masa kat UUM, 20 tahun lepas cuma ada Accounting, IT, Business dan Public Admin.
Ibu pun tak sure sangat patut atau tidak abang Imi terima tawaran ni sebab sebelum ini abang Imi ambil jurusan Business Admin.

Ibu minta Bami buat solat istiharah minta petunjuk dari Allah. Sambil tu google lah tentang course ni.

28 Oktober 2022 - Tengahari baru Abang Imi sahkan terima tawaran sebab tarikh tutup jam 5 pm. Tak apalah accept dulu.

In between tu Abang Imi masih tak sure nak pergi ke tidak.
Ada issue dengan kesihatannya pula.
Ibu plak sampai rumah dari ofis almost jam 8 pm.. hantar Bami dulu ke klinik.
Balik klinik Bami masih belum ada keputusan.
sekejap nak pergi.. sekejap taknak.
Ibu ayah dah pening kepala. 
Ibu dah rasa Bami taknak pergi.

Ibu baring atas katil nak tidur dah... tapi Bami masih duduk kat sofa di bilik ibu. Hati masih berbelah bagi.

End up, jam 12 tengah malam tu, ayah bagi kata putus... jom lah kita pergi. Ayah suggest kol 5 am bertolak ke KT. (Mujur kita tak bertolak jam 5 am, kalau ya... memang tak sempat daftar lah gamaknya.. ).

Masa ni lah baru nak buat bayaran. Dah buat bayaran baru boleh buat next step.
Kena upload segala dokumen macam result SPM, Diploma, IC, surat beranak, IC ibu bapa dsb.
Kena print juga 1 set dokumen tadi. Mujur lah printer ada ink.. hahah
jam 1.30 baru setel bab dokumen.

Yuran pengajian selama 4 tahun dalam RM11,074, ada subsidi kerajaan jadi end up bayar RM8,230 sahaja. Insyaallah Abang Imi akan guna fund dari Insuran Pendidikan sebanyak RM20K, jadi dapatlah tampung segala yuran pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh belajar. Disebabkan plan insuran Abang Imi tamat tahun 2025, jadi hanya boleh keluarkan RM18K sahaja dulu. Duit tu sebulan lepas ibu dah tuntut dan dah masuk akaun ibu. 

Nanti kalau Bami nak sambung master atau peringkat yang lebih tinggi masa tu bolehlah dapatkan biasiswa sendiri. Teringat masa ibu belajar dulu.. dapat pinjaman JPA sebanyak RM16K tetapi hanya bayar 25% sahaja iaitu RM4K sebaik tamat belajar dan sudah bekerja. Tak ingat berapa tahun repayment masa tu.

Berbalik pada cerita Bami๐Ÿ˜€

Slip Pendaftaran tak boleh access sebab perlu 2-3 hari bekerja.
Ahhh... tak pe lah.. itu nanti setel waktu pendaftaran.
Asal ada surat tawaran dan bayaran kita pergi dulu.

Segala peralatan asrama, Kakak Widad tolong setel. Cari cadar, bantal, baldi, segala mak nenek toiletrries kawi sediakan. bekas makanan dan minuman juga.
Tak lupa makanan kering yang sepatutnya kawi bawa ke Poli minggu lepas, pack masuk dalam plastik.

Yang tak ada kita beli kat sana je.

Ayah kata since ayah pun tak mengantuk lagi why not kita gerak lepas semua setel. Perghh... secepat kilat yang lain pack baju.. mujur lah dah biasa short getaway, jadi dah tau lah baper persalinan nak kena bawa. Target gerak jam 2 am sempatlah Kawi masak nasi goreng buat makan-makan dalam kereta.

Bila dah gerak barulah whatsapp kat Shohari Clan yang kita dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Ibu tak sempat pun nak beritahu yang lain kecuali Ummi. Minta nasihat sikit. Ye lah.. ummi kan anak dah 3 masuk U heehe.

Ibu whatsapp Cik Yah sekali beritahu nak singgah rumah untuk tumpang mandi dan rehat sekejap.

In between tu beberapa kali lah berhenti kat RnR.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 
Jam 5 pagi kat RnR Temerloh.
Ayah makan nasi lemak dan patin tempoyak.
Ibu teringin ayam goreng bila terbau ayam goreng yang baru di letak atas rak.

Ada satu kawasan tu memang berkabus. Jarak penglihatan pun terhad.

Ya Allah... jauhnya la hai Terengganu ni.
Terpaksalah ibu ganti ayah kat RnR Paka. Nak minta Abang Imi drive kasihan lah pulak sebab nanti mesti seharian terlibat dengan Minggu Suai Kenal.

Macamanalah Cik Yah boleh drive 5 hours.. kami 8 jam baru sampai.
Dalam 10.30 am baru sampai rumah Cik Yah.

Bersiap-siap semua, almost jam 12 tengahari baru gerak ke Unisza.
Perjalanan dalam 25 minit. Cuak jugalah kot terlewat kan.. call Urusetia tak nombor tak berangkat pula.
Alhamdulillah sampai juga lah.

Ibu temankan Bami sementara ayah cari parking.

Scan dulu lah.
Tak ada orang pun dah masa Bami sampai.. lepas dari tu adalah sorang dua nampak baru tiba.

Simple je pendaftaran. Hanya serahkan Slip Pendaftaran.
Rasa ini untuk daftar penginapan je sebab slip penginapan yang diambil.
Since Abang Imi daftar lambat, dapat bilik di tingkat 4 tapi abang ada beritahu kepada urusetia yang abang ada semput jadi mereka carikan bilik bawah. Kenalah tunggu dalam 10 minit camtu.

Alhamdulillah dapat lah abang level bawah je.

Halah.. halah... dah mula monyok.

Rasa  nak bubuh hanger je kat mulut tu.
Sabarlah Wafi, Terengganu je.. kat Malaysia.. nanti abang baliklah tengok awak!

Tak mahu senyum.

Bilik abang untuk 2 orang.
Dia macam apartment, ada 6 bilik dalam tu.
Roomate Bami, Irfan namanya. Orang Terengganu je, Marang.

Nantilah abang bersihkan bilik semua.. Ibu nak tolong lapkan meja pun tisu kat kereta.
Penyapu semua nanti Bami belilah kat KOOP. Ibu nak beli kat Mr DIY leceh plak nak bawa ke mall sebab nak cari baju.

Jam 1 pm tu kita tinggalkan Abang Imi.

Alhamdulillah, walau ada hiccup, Allah permudahkan urusan kami๐Ÿ’“
 

Tuesday, October 25, 2022

Bertemu Rakan-rakan di PSIS

Selepas jumpa Pengarah Politeknik atas urusan Latihan Industri kakak, ibu ayah jumpa kawan-kawan UUM yang bertugas di sini.

Dr Mazura mantan Timbalan Pengarah Akedemik (TPA) dan Encik Nizam TPA sekarang.




Dr Mazura coursemate ibu manakala Encik Nizam ni junior. Ibu ayah grad UUM baru beliau masuk.

Encik Nizam ni juga Ketua Jabatan course kakak sebelum ni sebelum naik pangkat menjadi TPA.


Ole-ole dari Tanah Suci pemberian Acik Zura yang baru pulang dari sana musim haji tahun ini.

Alhamdulillah.. Allah hadirkan sahabat-sahabat yang baik❤️

Makan Tengahari di AZR Mentarang Fresh Sekinchan

Hari ni lepas selesai urusan kakak di Poli, singgah di Arked Man sebab ayah nak beli kemeja untuk majlis esok. Balik hotel tunggu Abang Imi dan Wafi bersiap. 

Plan memang nak lunch on the way balik tu. Kalo ni memang nak singgah mana-mana gerai makan yang jual mentarang. Paling senang AZR Mentarang Fresh Sekinchan sebab terletak di kiri jalan.

Menu yang disediakan. Kena order baru mereka masak. Tak ada yang dah ready jadi kena tunggu lah.


Ikan bakar yang ada.


Suasana di dalam kedai makan. Masa ni kami pelanggan ketiga.. lepas dari tu berduyun-duyun pelanggan datang.

Belakang tu jalan besar.


Cencaru bakar.


Sambal/kuah asam.


Sotong goreng tepung.. special request dari Wafi.


Telur dadar.


Asam pedas ikan pari.


Kailan goreng.


Mentarang bakar, 1/2 kg (RM20) adalah dalam 6 ketul camtu. Ini kali kedua ibu makan.. Wafi tak berani nak makan spesis cengkerang๐Ÿ˜„. Abang Imi makan seketul je.. mujur Kawi tolong habiskan. 

Boleh je pilih mentarang ni nak masak camne. 


Bismillah... jom makan.. Bami dan Wafi dah lapar sebab pagi tadi tak sarapan.