Pages

Monday, October 3, 2022

2 Hari Tanpa Matahari Pagi

Hari ini mendung je dari pagi hingga ke petang.
Sekejapan hujan turun renyai-renyai beberapa kali.
Kalau boleh nak duduk bawah selimut je.

Ini keadaan Hari Sabtu semlam masa ibu keluar jogging dengan Kakak Widad walhal jam hampir 7.30 am

Selesai keluarkan peluh jam 8.30 am pun cuaca gloomy je.

Dek kerana cuaca sejuk kita cari makanan panas-panaslah di luar.
Another visit ke Mashighetta, Koreanfood
Keluar pun jam 3 pm sebab nak tunggu Wafi makeover bilik dia.

Sampai-sampai pelayan kat situ menyapa ayah... datang lagi bang.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Order pun menu yang sama. Cuma kali ini ambil 3 menu je dan makan kongsi-kongsi je.

Odeng Rabokki 

Chamchi Kimchi Deopbap

Dae Wang Chicken Combo

Kali ni terus ambil 2 set bagi puashati makan. End up semua kenyang makan ayam goreng je. Dalam 1 set ni ada 3 ketul ayam untuk setiap perasa. Ada 4 perasa semuanya. 12 ketul dalam 1 hidangan.

Appertizer ni pelayan terus bagi 2 set hahahha.. diorang tau kami suka. Cuma kali ni mereka sediakan seaweed instead of sosej. Bila ibu tanya, mereka kata tukar-tukar menu.

So dah boleh food hunting makanan negara lain.
Korean food kena tunggu giliran๐Ÿ˜„

Since sampai rumah azan Asar, jadi lepas solat semuanya tidur (kecuali Wafi sambung kemas bilik) dalam kesejukan.

Malam masak mi Maggi je 2 bungkus. Kakak dan ayah makan sebab yang lain masih kenyang.

2 comments:

  1. DI LD pun hujan, tak kira siang atau malam. Yang bagusnya, malam tak perlu buka air cond, sebab dah sejuk!

    ReplyDelete