Minggu ni cuti panjang lagi sempena Perayaan Deepavali pada hari Isnin.
Kita?
Mereput di rumah hahhaha
Bulan ni ada tax submission, jadi nak taknak kena buat juga di rumah.
Hari ni memang relax sungguh lah. Breakfast pun pre-heat je nasi lemak yang berbaki semalam. Tambah telur goreng dan panaskan frozen sambal yang Cik Biela buat.
Tengahari tu Wafi buat roti titab.
Kenyanglah sampai petang.
Lepas maghrib ibu dan Wafi cari soto.
Abang dan kakak tak nak ikut. Ayah plak layan Konsert Wing di Zepp KL.
Nak makan yang panas-panas sebab kat luar hujan renyai-renyai dan dari pagi tadi cuaca mendung je.
Pergi ke Warung D'Dusun tutup pula jadi kita makan soto kat Warung Edy.
Ada juga nasi lemak atas meja tapi tak adalah nak makan sebab pagi tadi dah makan nasi lemak.
Ini Wafi yang teringin tapi dapatlah ibu makan 2 cucuk.
Wafi tanya sate ada lemak tak.. kalau ada baru dia nak order. Sate yang ada lemak sikit baru sedap makan.
Sate tak berlemak, kering saja kan.
ReplyDeleteTeringat kawan cerita, waktu tolong keluarganya berbiaga sate, satu cucuk 3 isi, dua lemak.
Ada 1 je bahagian lemak atau kulit kot, yang lain isi ayam. Jadi bila makan takdelah rasa padat sangat.
DeleteDeepavali pun SA mereput je kat rumah...malas...keluar kejap je sebab Dania off day
ReplyDelete