Pages

Sunday, October 23, 2022

Lopol Electric Non-stick Ceramic Frying Pan

Haaaa.. gitu tajuk kat Shoppee.
Nampak haritu kat Masak Apa Hari Ini (MAHN) si ibu masakkan pelbagai jenis masakan untuk anaknya yang bujang guna periuk serbaguna ni.
Jadi teringin lah juga nak ada heheheh.. alasannya bolehlah Wafi belajar memasak.
Wafi ni kan takut-takut je nak guna dapur gas. Jadi ibu rasa kalau guna periuk yang guna elektrik ni lebih mudah dan selamat.
Dah Tahun 6 pun takut nak guna dapur macamana!

Ibu minta kakak order dari Shoppee. Semalam kot sampai tapi baru hari ni ambil kat KPM.

Ini lah dia periuk yang sampai.
Comel je... ada periuk dan pengukus dan ia menggunakan kuasa letrik.
Ada 2 botton on. Yang bertanda 1 garisan tu kurang panas dan yang 2 garisan lebih panas.
Bila mencapai tahap kepanasan maksima, lampu akan automatik ter'off'. Bila dah kurang panas bolehlah on semula.
Ia menggunakan pin 3 plug.

Product Description:

  • -Materials : Non Stick Ceramic
  • -Weight : 1.5kg (+/- 5g) Volume: 1.35 Litre
  • -Packaging :box -3Pin Plug (MALAYSIA PLUG)
  • -Rated Voltage: 220V ~ 50Hz
  • -Rated Power: 400W

Highlights

  • -Made from non stick ceramic (2layer Coating)
  • -Suitable to fry, steam, braised, stew and all kind of cooking purpose
  • -Adjustable power to suit your cooking need
  • -Tempered glass lids cover for durability and safety
  • -Anti scald pot handle with comfortable grip
1st lesson.... goreng kentang # (Wafi panggil kentang hashtag)
Cik Elis kata kan boleh masuk Air Fryer.
Alaaa... air fryer Wafi dah pass... ni goreng telur belum berani goreng sorang-sorang.

Letak kat bawah je sebab table top tinggi.

Lepastu Wafi buat roti caramel pula.
Yang ni resepi dari Youtube.
Masa buat ni, ibu dah tinggalkan Wafi buat sorang-sorang.

Wafi cakap lepas ni kalau ibu buat asam pedas contohnya, Wafi nak sikit paste dan cuba masak sendiri.

Abang Imi pun dah pesan lepas ni bolehlah Bami guna pula. Lebih senang lah tak perlu buka api.

Bolehlah kalau nak rebus, kukus, grill, goreng.
Kalau nak kukus pun lebih ringkas lah tak perlu keluarkan periuk kukusan besar hehehe.... 
Tapi kalau guna Noxxa  untuk kukus Dimsum masih win lah😁😁

Apa-apa je lah jenis masakan yang kita nak masak yang penting rajin.

Ini link Shoppee tu.. cepat je penghantaran dan packaging pun bagus. Ada plastic gelembung jadi kotak langsung tak kemek.

Highly recommended lah produk ni untuk anak-anak mula belajar memasak.
1. Boleh letak periuk ikut ketinggian yang sesuai.
2. Ada 2 tahap kepanasan yang boleh diubah.
3. Bila mencapai tahap kepanasan maksima akan automatik 'off'.
4. Untuk memasak pelbagai jenis masakan.

2 comments:

  1. SA belikan jugak periuk ni untuk Dania bawak ke kolej nanti..mana tau bleh masak simple2 kan...risau sebenarnya anak x makan kat kolej...

    ReplyDelete