Rasa macam dah lama tak masak weekend dan weekdays😁. Nak buat macamana bila Kawi takeover dapur. Weekend plak beli atau makan di luar.
Malam tadi memang dah plan hari ni nak buat nasi minyak. Bahan kebanyakan dah ada cuma beli timun, carrot dan santan.
Balik dari jog, singgah Pasaraya TMG yang baru dibuka Jumaat lepas di Hillpark. Pasaraya baru kan jadi setup pun kemas dan sayur, buah-buahan semua fresh. Ibu compare dengan Pasaraya TMG di Rompin walau besar tapi kurang teratur. Mungkin sudah lama. Pasaraya TMG memang banyak dan sudah lama bertapak di sekitar Pahang.
Sebelum tu tapau dulu roti canai untuk rumah dan rumah nenek.
Nasi impit tu memang dari Kelantan dan ia dibawa sekali bersama Nasi Berlauk/Nasi Tumpang yang lain. Lainkali bolehlah cuba nasi berlauk yang dibungkus siap tu.
Lepas breakfast tu teruslah balik dan terus sediakan makanan untuk lunch. Lepas siap masak dah boleh relax.
Kita gandingkan dengan lauk biasa.
No comments:
Post a Comment