Weekend ni panjang sempena cuti sempena Maulidur Rasul. Seperti biasa mereput di rumah hahahaha.. begitu lah selagi Wafi tak habis exam PSRA. Ustazah bagi banyak tugasan untuk diselesaikan sempena cuti sekolah.
Ingat nak terus ke Econsave cari barang dapur sikit tapi mata terasa lah mengantuknya. Singgah dulu Restoren Ghulam Rasul minum lemon panas dan puri.
Terus tapau nasi beriani kambing dan ayam untuk lunch. Hahhh... lunch tadi makan terus dalam dulang 5 orang. 2 ketul ayam goreng sebagai tambahan lauk. Tadi dah tapaukan nenek nasi beriani kambing juga. Sampai rumah nenek, nenek kata ingat bawak buah.. adoii... lupa plak nak beli buah untuk nenek. Later lah pergi Jaya Grocer.
Lepas lunch sambung dokumentari The Trapped (Thai Cave) lepastu tak sedar tertidur๐๐. Sedap lah sangat tidur sejuk-sejuk ni. Sedar-sedar dah jam 5.30 pm. Dengar kakak kejutkan Wafi soh makan lempeng. Dari semalam Wafi request nak makan lempeng. Pagi tadi masa ibu bawa balik roti canai nampak Wafi sedikit kecewa. Tapi habislah juga 2 keping roti canai๐๐
Boleh lah malam ni sambung sikit kerja ofis huhuhu... minggu closing tapi weekend panjang๐
Wah! Besar mengembung roti puri!
ReplyDeleteAah.. tapi bila terkena angin jadi kecut pula ๐๐
DeleteDapat lempeng cicah sambal memang uump
ReplyDeleteYa wak.. sesekali dibuatkan lempeng memang enak makan ramai2
Delete