Pages

Sunday, October 2, 2022

Thai Rescue Cave



Haritu masa Cik Wada share cerita ni ibu tak adalah nak tengok lagi sebab tengah layan novel.. ya... after few years tahan diri dari baca novel.

Jumaat malam lepas majlis Wafi kat sekolah tu sambil baring-baring tengoklah sekejap citer ni. Otw ke Kajang dalam kereta layan lagi. Ya Allah.. merembes-rembes air mata bila pasukan divers jumpa budak-budak yang terperangkap tu.

Diadaptasi dari kisah benar yang terjadi di utara Thailand bila sekumpulan 12 orang kanak-kanak bersama seorang jurulatih yang terperangkap dalam gua yang dipenuhi air akibat ribut hujan. 

Pelbagai pihak dari Thailand dan negara luar menawarkan bantuan dari segi teknikal, kelengkapan, kepakaran dsbnya.

Kecekalan kanak-kanak, jurulatih, divers, navy, doktor, renger, gabenor dan lain-lain membuatkan cerita ini begitu meruntun jiwa.

Ehh... sukalah tengok mata si jurulatih Eak tu😅😅

Cerita best 9/10



 

 

No comments:

Post a Comment