Pages

Sunday, October 23, 2022

Minum Petang di Alam Jaya

Tengahari ni memang tak lunch sebab late breakfast kan tadi.
Jam 4 lebih tu perut menyanyi minta perhatian. Sebelum tu ayah dah ajak minum petang tapi masih nak baring-baring lepas hantar report melalui e-mail.

Lepas Asar berempat cari tempat makan. Ayah ajak minum kat Richiamo.. alaaa... ingat nak santai-santai je. Cari warung-warung tepi jalan. Ayah suggest minum cendol bawah pokok. Ok gak.. boleh lah layan rojak.

Paling senang kat depan Restoran M Gulam Rasul/Econsave Alam Jaya.

Kecewa sebab cendol baru je habis.. ye lah.. kita sampai pun dah jam 5 lebih.

Order lah air kelapa fresh.

Rojak.

Mi goreng arang.

Nampak mendung kat belakang tu. Angin pun agak kuat dan kami terpaksa tutup makanan sebab daun-daun gugur. 
Hari ni seharian cuaca muram je.

Abang Imi kita tapaukan nasi kandar je sebab abang kurang makan mi besar dan rojak yang banyak sayur ni.
 

2 comments:

  1. Alahai xe plak cendolnya ye...takpe nanti next bleh cari cendol lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. kadang bila teringin waktu tu lah takde

      Delete