Pages

Sunday, October 16, 2022

Nasi Goreng Kakak Widad

Lagi sehari Wafi akan menduduki peperiksaan PSRA.
Buat revision bertukar-tukar tempat. Taknak statik katanya. Mana-manalah yang awak selesa. 

Wafi tertidur dalam jam 4 lebih camtu.. nak Maghrib baru terjaga lepas ibu kejutkan balik dari jog. Abang Imi kata dah kejutkan 2 kali tapi taknak bangun. Tu yang moody sikit sebab katanya nak tidur sekejap je dan nak sambung buat revision.

Tak apalah Wafi.. otak dan badan pun kena rehat juga. Ibu buatkan white coffee sejuk bagi tenang sikit. Lepastu makan nasi yang kakak goreng.

Tadi ibu dah set alarm bangun jam 4.30 camtu. Kena keluar rumah juga keluarkan peluh. Jam 5 lebih kakak hantar ke Puncak Bestari.

Dapatlah briskwalk sekejap sampai jam 6.30 pm sebab Maghrib kan masuk awal. Balik tu kakak nak singgah isi minyak dan ibu nak bakar daun-daun kering yang sudah dikumpulkan.

Abang dan Wafi kata sedap nasi goreng kakak Dah few days buat beberapa kali. Bami kata macam nasi goreng biasa kat kedai.

Kakak kata gorengkan bawang putih dulu, kemudian masukkan sayuran, bawang dan cili potong, sos tiram, sos cili, kicap dan sos ikan. Kemudian masukkan nasi dan tambahkan garam. tak pasti lah kakak masukkan secukup rasa sebab kakak kata rahsia sedap tu sebab ada sos ikan.

Ibu jaranglah masak nasi goreng bubuh kicap biasa buat nasi goreng kampung atau paling malas nasi goreng cina guna serbuk paste sahaja😁😁

No comments:

Post a Comment