Pages

Sunday, October 16, 2022

Terapi Pagi Ahad

Pagi ni ingat nak jog tapi alahai..  minda tak align dengan aktiviti yang biasa dibuat hari Sabtu. Jadi lepas breakfast sapu-sapu luar rumah dan alihkan pokok limau purut dalam pasu.

Keluar plak ke kedai cari tudung sukan dan alatulis Wafi

Teruk betullah awning tudung tu. Habis terpeleot akibat digosok. Cari 2 kedai pun tak ada saiz. Hurmm.. pakai je lah Fi.. 

Kemudian masuk kedai plastik.. sesaja lah tengok-tengok tak ada pun plan beli. Kot jumpa something yang bermanfaat. Jumpa plak lemon juicer. Ritu cari kat Exonsave dan Lotus tak jumpa. Kat kedai-kedai camni baru ada. Ada 2 jenis jadi pilihlah yang agak padu.


Ambik yang ni. Kecik ni pun dah RM3.90
Sampai rumah Wafi kata nak testing. 
Tekan sekali pusing-pusing lemon langsung pecah kat bahagian tepi cup tu.

Hurmmmm.... kualiti tak padan dengan harga.
Bolehlah lagi lah guna bahagian atas tu.
 

No comments:

Post a Comment