Pages

Friday, October 21, 2022

Makan-makan di Ofis

Kawan-kawan department ibu arrange buat makan-makan hari ni. Potluck je semua. Tak kisah ler nak bawak apa.

Makanlah dari breakfast sampai ke petang. Yang tak habis tapau bawa balik.

Ni antara yang sempat ambil gambar. Yang letak makanan lewat tak ambil gambar dah sebab dah start makan. Ada fruit punch, assorted fruits, kacang kuda rebus, kuih muih, nugget and others.

Ibu bawa set nasi lemak sambal udang. Bilis tak ada sebab kat kedai dah habis🤣. Tak ada nye lah nak cari kedai lain. Sebenarnya nak buat sambal sotong, sekali tengok bungkusan sotong aikkk.. kenapa cam sikit. Rupanya tokey kedai pack 1/2 kilo padahal ibu minta 1 1/2 kilo. Salah baca lah tu mesej ibu. Nak tambah pun sotong dah habis. Jadi masuk je lah udang 1 kilo tu tapi ibu dah siap kupas kulit.

Mini burger.

Brownies.

Assorted ball.

Meatball.

Serawa durian.

Spagheti Carbonara.

Sandwich.

Kek pisang cheese.

Orang kuat ofis🥰

Since hari ni Jumaat lunch hour panjang sikit bolehlah makan sambil sembang-sembang. Ibu sempatlah take a nap macam biasa🤭

Time makan-makan ni mereka jenis tak berkira.. bawak je lah apa-apa.. kalau mampu bawak cekodok atau lempeng pun pasti ada yang suka. 


 

No comments:

Post a Comment