Hari ni Kakak Widad memulakan hari pertama Latihan Industri. Awal bangun... siap sediakan bihun goreng untuk Wafi. Kakak excited lah tu.
Oklah tu sampai awal.. boleh relax-relax sebelum mulakan kerja. Ibu tak sure kakak kena tunggu atau ofis dah buka.
Kakak intern di company IT dalam 10km dari rumah.
Baru je kakak beritahu ada cerita tadi.
Hari pertama sudah terima surat cinta dari MBSA. Rupa-rupanya petak parking di situ kena bayar. Dah kena saman RM10. Hurmmm...
Kakak kata esok akan park di kawasan perumahan yang berdekatan. Kalau bayar parking habislah duit elaun intern kakak yang nipis tu😅😅.
Intern kat tempat ibu dah naik ke RM1000. Masa ibu intern 25 tahun lepas dapat RM450 je. Kawan-kawan kata sangat lumayan sebab ada yang tak dapat apa-apa bayaran. Itu semua atas budi bicara syarikat. Abang Imi lagi best, RM750 siap dapat beli LC lagi. Bami lagi jimat sebab intern depan rumah. Makan pun kat rumah.
Semoga kakak seronok belajar di tempat intern tu🥰
No comments:
Post a Comment