Tadi dalam FB sekolah, ada share gambar Wafi dan kawan-kawan yang menyertai Bengkel Kolaborasi Colourguard. Bengkel diadakan pada minggu lepas 21 & 22/2/2025 bertempat di SMS Pokok Sena (SAINA). Sekolah SAINA ni kat Kuala Nerang, jadi mereka balik hari je.Besar dan cantik dewan sekolah ni.
Ni antara yang mereka belajar. Kibarkan bendera secara berirama.Banyaklah instrumen lain yang boleh diguna macam riben, kad dsb.
Seronok ibu bila Wafi dapat join aktiviti sebegini.Dulukan agak malu-malu, nampaknya sekarang semakin berani.
Ibu tak sure Wafi pakai jersi siapa atau memang jersi sendiri sebab nampak besar betul.Banyak sangat jersi sampai tak tau bila masa dia beli.
Seronok join aktiviti macam ni. Menambahkan keyakinan diri.
ReplyDeleteBagus aktiviti gini kan... Seronok pun seronok boleh jadi wakil sekolah.
ReplyDeleteTahniahnyer wafi
ReplyDelete