Jam 6.30 pm kami minta driver van pink ambil kami di tempat mula-mula sampai. Dibawanya kami ke Kedai Bebas Cukai.
SP Duty Free
Anak-anak ambil coklat Daim dan Nutella.
Nenek tengok Corelle. Takde yang menarik pun. Design lama je yang ada. Even design Plum pun takde kat sini.
Adalah jual periuk Dessini dan beberapa brand lain.
Ibu tak ada nak beli apa-apa kat sini.
Masjid Ad-Badr @ Masjid 1000 Selawat
Masjid Ad-Badr @ Masjid 1000 Selawat
Kami dibawa ke masjid terapung, Masjid Al-Badr yang juga dikenali sebagai Masjid Seribu Selawat.
Dapatlah menunaikan solat Maghrib berjemaah dan jamak solat Isyak di sini.
Waktu lawatan untuk pelancong.
Waktu lawatan untuk pelancong.
Ada open mini library di perkarangan masjid.
Batu Bersurat
Berhenti di tepi jalan je sebab dah gelap dan sekitar Batu Bersurat tiada lampu. Hanya bertemankan lampu van. Nak turun van pun agak seram.
Baca di sini.
Kota Belanda
Kota yang asalnya dibina oleh pihak Belanda untuk menyimpan bijih timah.
Yang lain setakat kat tangga je 😁
Orang pun dah tak ada. Ambil gambar di sini tapi tak sure apa motif/corak batuan tu.
Santai je lah nak balik sebab bot boleh tunggu dan jalan bila-bila masa.
Lega bila dah sampai jeti.
Berduyun-duyunlah kami berjalan menuju ke Marina Cove Resort untuk mengambil kereta.
Lepastu terus balik ke Klang.
Area Sekinchan dan Kuala Selangor jammed sikit terutama di trafic light bila banyak kenderaan.
Jam 11 malam ada yang sudah sampai rumah. Kami je singgah makan dulu sebab budak-budak ni dah lapar.
Jam 12 malam selamat sampai rumah.
Alhamdulillah... 2 hari yang penuh terisi dengan aktiviti jalan-jalan walaupun ada yang tiada dalam perancangan asal.
Oh malam² pun ada juga bot gerak dari Pangkor ye...
ReplyDeleteCoklat Daim tu sedap!
Sebab itu bot persendirian jadi ikut time kita bila nak ke tanah besar. Kalau feri malam tak ada.
DeleteAlhamdulillah.. Selamat sampai rumah
ReplyDeleteAlhamdulillah... yang best sebab esoknya sambung cuti😁
DeleteSeronoknya family bonding.. naik bot malam? seram jugak tu
ReplyDeleteSerammm gak... mujurlah cuaca elok.
DeleteKota Belanda tu siang pun tak banyak kedai buka. Macam tak ramai yang melawat pun ya jugak. Tapi....kota belanda ni 'sesuatu' la.
ReplyDeleteoo.. siang tak banyak kedai buka.. tapi kalau tengok ada banyak kedai gak kan.. malam memang tak buka.
DeleteBetullah... terasa sesuatu. Itu yang adik² cakap..rumah² kat sebelah² tu dah biasa kot.
Dulu masa pi xde lagi boat or ferry malam rasanya..kami pi pagi pas tu petang keluar dah..x stay pun sana..
ReplyDeleteYang public ferry tu malam memang takde, sampai petang je.
DeleteKalau boat persendirian ni bila-bila masa.
Oh langsung balik rumah begitu sampai yaa.
ReplyDeleteBisalah ITIN kakak ini saya pakai kalo nanti kesana. Toko duty free itu paling menggoda 😅😄. Suami saya confirm beli daim banyaaaak kalo kesana . Suka sangat dia dengan daim
Duty free kat Pangkor tak banyak pilihan.. sendu sahaja tempatnya berbanding Langkawi yang lebih banyak pilihan.
DeleteSama cam anak saya, suka sangat Daim. Langsung beli sampai 3 bungkus hari tu. Jangan topol giginya sudah asyik makan coklat 😂