Pages

Sunday, February 2, 2025

Aktiviti Malam

Untuk dinner kami menghabiskan makanan yang dibawa.
Sambil tu masak mi segera menggunakan Noxxa yang dibawa dari rumah. Malam masing-masing taknak keluar makan. Nak lepak je dalam rumah. Kalau nak makan kat luar boleh je pergi makan di Medan Ikan Bakar Teluk Muroh. Walking distance je pun.
Selepas makan, disebabkan TV pun takde siaran, buatlah aktiviti sendiri.
Budak-budak ni ajak main Old Maid.
Ehhh... dulu makngah main Donkey, mana pernah main Old Maid ni.
Tapi konsepnya sama. Pilih kad, kalau jumpa gambar yang sama letakkan kedua-dua gambar kat lantai. Siapa habis dulu dialah menang.
Yang last kalau pegang dua kad Old Maid dialah kalah.

Surprisingly 1st game ibu menang.
Budak-budak ni terkejut... camne makngah boleh menang.
ehhh... ikut luck je tu 😁

Selain main Old Maid, buat game teka-teki.
Menyanyi lah.

Mujurlah takde jiran.

ehhh... 3rd floor yang kami stay tu, kami je lah yang ada. Kalau tak silap ada 18 apartment tapi 17 kosong. Nak turun ambil barang di kereta pun terpaksa berteman huhu...






 

8 comments:

  1. Nasib baik ahli rombongan ramai.. Kalau tak, seram jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... mujur masa nak tidur tu letak kepala terus lelap.

      Delete
  2. Alamak... seram jugak tu 17 kosong... nasib baiklah ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... budak² ni pulak memeriahkan suasana. Kalau tak krik krik juga.

      Delete
  3. Mak aii....korang aje kat situ...patut la rasa seram..nasib baik ramai erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Floor tu je kami SA, tingkat lain yang under hotel ada orang..Tapi tengok pun tak begitu ramai.

      Delete
  4. Sepiiii berarti ya kak 😅. Memang harus berteman kalo nak kluar. Tapi biasanya kalo dah masuk penginapan, memang malas kluar kan 😅. Apalagi banyak bawa makanan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat koridor pulak malap je lampunya huhu...
      Malas nak leceh-leceh bersiap keluar malam, itu yang bawa makanan lebih.

      Delete