Jam 5 petang lepas rehat-rehat tu kami ingat nak ke pantai. Anak-anak masih mandi di swimming pool.
Kami lalu belakang resort. Rupanya kawasan ke pantai di tutup. Jadi jalan di tepi resort melalui satu lorong menuju ke Medan Ikan Bakan Teluk Muroh. Masa sampai tengahari tu dah perasan banyak betul kereta parking di luar resort. Bila menuju ke medan ikan bakar, sama gak banyak betul kenderaan parking kat jalan masuk. Dari mana lah kereta-kereta ni datang. Bila sampai jeti dalam fikiran mesti diorang ni datang mancing naik bot.
Telahan kami salah, rupanya ada je orang ke Pulau Pangkor menaiki bot di sini.
Suka tengok suasana begini.
Sembang dengan orang di sini, ada bot family dan pick-up ahli keluarga di jeti ini untuk ke Pulau Pangkor. Makaihhhhh.... patutlah banyak je kenderaan di jeti ini, rupa-rupanya mereka ke pulau. Tak adalah naik feri di Jeti Lumut atau Jeti Marina.
Dah tak ada nak buat apa, bergambar lah di sini. Sambil-sambil tu bersembang dengan mereka yang nak ke pulau.
Kakak ni sarankan naik je bot persendirian kalau teringin nak ke pulau. Tak perlu ke jeti nak beratur bagai. Beliau bagi nombor abangnya yang ada bot. Dengan syarat, kalau nak contact kena banyak kali sebab masa kat laut kadang tak dengar bunyi panggilan telefon.
Cik Man ambil je nombor contact tu dulu.
Bot yang membawa kakak dari Bera, Pahang menuju ke Pulau Pangkor. Sempatlah masing-masing melambai-lambaikan tangan.
Nenek ambil angin.
Masa ni air sedang pasang.
Menunggu sunset.
Rilex je adik ni mendayung dalam kotak polisterin memancing ikan.
Depan tu Pulau Marina, pulau buatan.
Nampak satu lorong ingatkan boleh ke pantai, rupanya ia sebuah teluk.
Ambil gambar sahaja sambil membuang masa 😂.
Jalan menuju ke Marina Cove dari jeti/Medan Ikan Bakar Teluk Muroh.
No comments:
Post a Comment