Ini cerita cuti sempena CNY, 30 - 31 Januari 2025.
Baru nak tulis sebab Jumaat hingga hari ni memang nak rehat-rehat je.
Esok pulak dah nak masuk kerja semula selepas berhuha selama 5 hari 😂
Plan bercuti ni sebab nak bawa Abang Imi jalan-jalan sebelum balik semula ke Unisza. Ayah cadang ke Ipoh tapi ibu reject sebab dah selalu sangat ke utara walau hanya lalu Ipoh. Kalau Ipoh ibu rasa agenda makan-makan. Ibu suggest ke Melaka tapi dah pergi minggu sebelum ni.
Pilihan lain ke Teluk Batik.. nak lah pergi pantai. Abang Imi ok je tak kisah ke mana-mana. Kalau nak berjalan anak-anak pasti bertanya, siapa lagi ikut. Mereka gemar bercuti beramai-ramai.
Ibu open pada adik beradik lain kot ada sesiapa nak join. Masa tu Cik Elis dan Cik Baya boleh join. Terus ayah booking hotel apartment 2 hari sebelum cuti CNY. Tak banyak sangat pilihan dengan harga yang mesra poket.
Hari Rabu jam 7.00 pagi gerak dari rumah. Cik Elis dari Shah Alam. Cik Baya bawa nenek sekali tapi lewat sikit keluar. Masing-masing akan jumpa di Warung Ibu Jannah yang terletak di Bukit Rotan, Kg Asam Jawa, Kuala Selangor. Ini kali kedua kami ke sini. Pertama kali masa nak pergi Family Day 2023.
Ayah nak tayang T-shirt, Guns N' Roses 😀
Masa kami sampai ada 2 pelanggan je sebab warung pun baru dibuka jam 7.00 am.
Ada set nasi dagang beserta gulai ikan tongkol dan acar timun.
Bihun goreng, ayam goreng panas yang sentiasa di top-up.
Cekodok bilis pun ada panas-panas.
Nasi lemak dan lauk-lauk.
Kaunter kegemaran... ada lempeng kelapa, lempeng biasa dan roti bakar.
Kak Widad ambil seketul ayam goreng.
Ayah dan Bami ambil bihun goreng dengan lauk sambal sotong.
Ini memang all time favourite Wafi, roti bakar telur goyang.
Cekodok bilis makan sama-sama. 7 pcs RM2
Ibu pasti memilih lempeng kelapa.
Kami berlima. Masa ni yang lain belum sampai.
Family renunion.
Cik Man dan Cik Zie.
Si anak-anak plak tak lalu makan... ye lah.. nak pergi pantai dan mandi kolam kan.
Plan asal ayah nak jalan-jalan dulu ke Bukit Melawati kemudian ke Teluk Intan.
Ibu reject lah sebab nak terus ke Teluk Batik. Lambat-lambat karang jammed kat area Sungai Besar dan Kuala Selangor. Kenderaan plak makin banyak.
Lagi pun kan dah banyak kali ke Bukit Melawati dan Teluk Intan.
Perjalanan pun masih jauh lagi dalam 2 1/2 jam lagi untuk sampai ke Teluk Batik.
No comments:
Post a Comment