Pages

Sunday, February 2, 2025

Piknik Di Pantai Teluk Batik

Lebih kurang jam 11 pagi dah sampai ke Teluk Batik. Kami ke sini dulu sementara menunggu check-in jam 3 pm.
Alhamdulillah.. perjalanan sangat smooth walaupun waze bawa jalan kampung. Ayah tak pilih ikut WCE.

Pertama kali sampai ke sini.

Piknik dulu... ibu bawa nasi putih, kari ayam kering, nugget goreng, sambal sardin dan sayur kobis + kacang panjang.
Cik Elis bawa ayam goreng, tofu goreng, mushroom soup dan roti bakar. Cik Baya bawa roni-roni macam biasa juga roti. Nenek sempat rebus kentang kemili malam sebelumnya.

Santai.
Ramai betul pengunjung. Masing-masing ambil peluang bercuti sempena cuti umum.

Masing-masing dah lapar.
Kalau tak bawa makanan boleh je beli di gerai-gerai yang ada. Banyak je gerai makanan, minuman dan pakaian di situ. Kebetulan ada pesta pada tarikh kami sampai. Tapi harga pantai lah 😁

Bami mati kutu takde sepupu besar. Geng Tapah tak dapat join.
Terpaksalah melayan sepupu kecik.

Lepas makan ibu bawa anak-anak buah jalan tepi pantai.

Angah, Iman dan Firas.



Tengah ambil gambar ni ada boat operator mulut manis tegur... 

Kak, takkan ambil gambar je... jomlah naik bot pusing-pusing.

Si Firas dengar.... jomlah makngah.. jomlah naik bot.
ehhh... suka dia je 😁

Makngah cam biasa lah.. kalau anak-anak merayu boleh lembut hati hahahha...

Tanyalah berapa harga.

Dewasa RM10
Kanak-kanak RM5

Bot bawa pusing-pusing 20 minit.

Bila budak-budak dah naik ni baru call mak-mak diorang.. nak join naik tak.
Ehhhh..... diorang nak juga. Tunggulah sekejap sementara mereka sampai.

Dina sedikit cuak.
Masa pakai life jacket tu dia tak puashati sebab tak boleh kancing.
Ater... awak tu montel sangat.

Tengah doa ke tu Dina?


Berani betul si Firas tu. Masa dia berdiri tu bot memang berhenti bila pemandu bagi penerangan. 







Seronok budak-budak ni naik bot.
Ada yang pertama kali itu yang kemain excited mereka.

Pemandu bot ada beritahu tentang perkhidmatan untuk hantar ke Pulau Pangkor dari Teluk Batik.
Mereka caj RM500 to & fro.
Time tak fixed, kiranya kalau dah puas berjimba-jimba di pulau dan nak balik ke Teluk Batik boleh lah call untuk pick-up.

Owhhh... baru tau ada servis begitu. Biasanya kan ambil feri untuk ke pulau.

Jam 1.45 pm kami gerak ke apartment bila owner beritahu boleh check-in jam 2 pm.




 

6 comments:

  1. Hari pertama CNY ye nie? Kakak linda ke teluk batik juga bawa abang Mu'az, abang mueez... Hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... 1st day..
      oo anak² Linda kat sana. Orang ramai nau hari tu kat tepi² pantai. Kami dok bawah pokok je.

      Delete
  2. Seronoknya jenjalan ramai- ramai...family SA ntah bila la dapat jenjalan mcm ni..semua sendiri2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada yang initiate SA.
      Macam akak, biasa akak akan open pada adik beradik. Nak ikut ke tak terpulang tapi biasanya ada lah yang nak ngendeng.

      Delete
  3. Banyak makanan kalo masing2 potluck begini 😍😍😍. Lagi sedap makan ramai2. Biasa kalau ke pantai seperti ini pasti selalu ada jasa boat. Terkadang kalo ke tempat begini, saya pun akan naik kliling2 naik boat 😄. 20 menit lumayan, puas juga tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potluck senang, boleh makan banyak. Lagipun budak-budak cepat lapar.
      Boat ride tu bagi pengalaman kat anak-anak sebab ada yang tak pernah naik lagi.

      Delete