Hari ke-dua boleh check-out jam 12 tengahari. Jam 11.30 pagi tu dah siap-siap. Dok plan apa nak buat lepas check-out. Tapi dah dalam perancangan nak ke Jeti Lumut untuk beli hasil laut.
Dalam kepala rasa menarik juga kalau kita ke Pulau Pangkor. Dah alang-alang berjalan kan. Lagipun Jumaat keesokan harinya antara kami ramai yang cuti. Yang kerja pun jenis shift lewat.
After few calls, dapatlah contact dengan owner bot. Walaupun sudah hampir give-up namun masih menaruh harapan.
Kami ada 11 dewasa dan 6 kanak-kanak. owner bot caj dewasa je RM40 seorang pergi balik. Jadi harga yang perlu dibayar RM440.
Cuma kalau nak ke sana jam 2 pm sebab masa tu air dah pasang kat jeti. Kiranya ada 1 1/2 jam lagi. Ok lah kalau begitu. Tunggu je lah. Boleh solat jamak Zuhur dan Asar dulu di apartment.
Jam 2.20 pm bot baru sampai.
Bot besar jadi boleh masuk semua orang.
Cik Baya dan Cik Elis last sekali sampai tahun 2010. Cik Baya pun tak kahwin lagi masa tu.
Tu yang Cik Baya rasa better masuk pulau.
Kita plak ini kali ke-5 sampai ke pulau.
Bami tolong tarik tali bot.
Rumah-rumah di tepi laut.
Sampai dah ke jeti Teluk Kecil, Pulau Pangkor.
Masing-masing happy lah sebab ada yang pertama kali sampai.
Sampai di Jeti Teluk Kecil, dua buah van pink sudah menunggu. Owner bot sudah booking kan untuk kami.
Jadi segala urusan van di Pangkor kami deal dengan pemandu bernama Wan. Plan asal untuk bawa anak² mandi di Teluk Nipah. Sebuah van RM40 perjalanan sehala. Bila 2 van pergi balik RM160. Wan suggest ambil van dan pusing² pulau dan singgah beberapa tempat attraction dengan harga RM120 siap hantar semula ke jeti. Timing pula terpulang pada kami. ehhh... menarik juga cadangannya sebab ada tempat² yang kami tak pernah sampai sebelum ini. Jadi untuk van pink kami perlu membayar RM240.
Seperti biasa.... alang² berjalan bagi puas.
Shopping Hasil Laut
Wan suggest kalau nak beli satay ikan atau sotong hiris, ambil yang kilo sebab lebih fresh. Kami baru tau ada yang jual kilo dan harganya lebih murah berbanding yang sudah pack. Tambahan ada tester juga.Signboard kedai.
Masjid Al Khairiyah @ Masjid 1000 Doa
Seluruh masjid penuh dengan kaligrafi macam-macam doa.
Ambil gambar semua gelap.
Cantik masjid ni dengan gabungan warna merah, putih dan hijau terang.
Pantai Teluk Nipah
Anak-anak dah tak sabar untuk mandi laut. Disebabkan ramai orang, kita cari tempat yang kat hujung dan berhampiran tandas awam. Senang anak-anak nak mandi air bersih nanti.
Ambil gambar semua gelap.
Sementara menunggu anak-anak mandi, geng mak-mak cari makanan untuk late lunch. Nak mudah beli je nasi ayam dan nasi goreng kampung. Order dulu kemudian ambil, itu pun bila patah balik tak siap lagi. Untuk isi perut, beli lah dulu goreng-gorengan seperti cendawan goreng, ayam gunting dan kepak ayam panggang.
Terjumpa pulak dengan Ajak Shiro yang bercuti bersama keluarga.
Peramah betul menegur makcik-pakcik dari Perak dengan loghat Peraknya.
2,3 kali ke pangkor, linda naik feri je.. Tak pernah pulak naik bot.. Ajak shiro nie memang peramah betul..jumpa kat giant bt caves yang dah tutup tu, kita nak bangun, dia cakap tak payah susah2 kak.. Tunggu je situ.
ReplyDelete