Cerita cuti sekolah.
Jumaat lepas 7/12/2025, ibu singgah rumah nenek. Saje nak jumpa nenek dan ummi, sembang-sembang2.
Sekali Firas cakap... makngah.. malam ni nak tidur rumah makngah.
aarrr.... jomlah
Segala kerabat yang ada diajak sekali.
Firas, Angah, Iman, Aqib dan Ali.
Kebetulan dah beberapa hari mereka duduk rumah nenek.
Check-out rumah nenek... check-in rumah makngah.
Singgah 99 Speedmart beli makanan... karang sebelum tidur memasing mesti cari makanan. Belilah roti-roti... sempat lah budak-budak ni cari aiskrim.
Malam pun boleh sepak bola. Panggil Abang Adam sekali.
Abang Adam pun layan je lah adik-adik sepupu kecik ni.
Penat main, layan Youtube pulak.
Agak dah.... mesti cari makanan. Taknak roti.
Makngah ada ramen tak?
Hamboiii... demand...
hah... ada tu ramen Kakak Wafi.
Tahan betul budak-budak ni makan Samyang Ramen Cheese. Dapat pulak Vitagen sejuk.
Buatkan 2 bungkus Mi Sedap untuk Iman dan Ali.
Sekali 3 gegirl datang sekali dengan Kak Widad. Alya, Dina dan Cempaka pun nak tidur rumah makngah.
Makan berebut sedap lah tu.
Dah berebut pulak 😁
Dina dan Iman, adik beradik yang terlebih rebut siap nangis-nangis lagi.
Iman : adik tu selalu ambik iman punya
Iman.. Iman.. tengoklah saiz Dina camne.
Haaaa.... Kak Widad buat lain. Tambah lagi 2. Mujur lah ada lagi stok dari jalan-jalan Teluk Batik haritu.
Kak Widad gorengkan lagi fries dan nugget.
Waahhhh... meriah rumah makngah malam tu. 9 anak buah check-in.
Abang Adam pun join sekali.
Pandainya Cempaka lukis.
Elok je adik beradik Cempaka dan Ali lukis sama-sama.
Kasi chance main HP sekejap sebelum makngah tutup lampu.
Main Roblox rasanya tu.
Nah.... makngah bentang toto je depan TV. Anak-anak kecik nak tidur sini je. Cempaka tak nak tidur dengan Kak Widad.. nak tidur dengan abang katanya. Jadi Kak Wafi kena temankan diorang tidur.
Abang-abang besar semua masuk bilik.
Pagi makngah sediakan roti dan sambal sardin kurang pedas.
Ringkas je lagipun nak bawak Wafi gi Klinik Ofthalmology.
Klinik yang ibu bawa Wafi. Terasa mahal pula rawatan di sini, RM175
Mungkin specialist.
Ada pula jemputan tahlil rumah mama, dulu pengasuh Kak Widad dan Abang Imi.
Hari pulak panas betul, budak berdua ni makan dadih je sampai 4 cup.
Siap tapau lagi.
Minum petang, ibu gorengkan nasi tengahari. Nasi tu dapatlah satu mangkuk tapi dalam gambar dah kurang sebab Wafi dah ambil, lapar sangat katanya.
Minum petang, ibu gorengkan nasi tengahari. Nasi tu dapatlah satu mangkuk tapi dalam gambar dah kurang sebab Wafi dah ambil, lapar sangat katanya.
Gorengkan juga mi kering, sama gak mi kering ni stok dari Teluk Batik. Guna je perencah Adabi. Tambahkan sos tiram, kicap, daging burger potong-potong dan sayur.
Dinner kat rumah nenek sebab ada sambut birthday Dina kat sana.
Fuhhhh.... tutup dah dapur ibu!
Habis dah cerita 1H1M anak-anak buah kat rumah makngah.
Lainkali datang lagi ya 😍😍
seronok Cempaka dengan Dina ikot g kenduri...
ReplyDeletemeriah rumah mak ngah
2 ketoi ni je boleh ajak..
Deletesesekali meriah.. maklumler dah takde anak kecik😁
Up sikit permintaan tu nak makan ramen. Hihi
ReplyDeleteIa.. " lebih²" mak diorang cakap.. kat rumah boleh je makan mi segera biasa 😁
Delete