Pagi ni ibu ayah gerak dari rumah tokwan jam 7.45 am. Biasa tokwan belikan sarapan tapi malam tadi dah pesan kami akan sarapan dalam perjalanan balik. Jadi tak adalah breakfast terlalu awal.
Ini yang ibu pilih, Set B (RM6.50) ada 1 keping roti bakar planta, 1 keping roti garlic, 2 biji telur 1/2 masak dan mushroom soup.
Roti camni ikut suka tapi kalau ada tambahan kaya ibu tak berapa gemar kombinasi camtu.
Kak Widad ada exam pagi ni jam 9 am manakala exam Abang Imi jam 2.30 pm.
Sarapan berdua RM23
Buka 7 am - 5 pm.
Kalau tak silap Khamis dan Jumaat tutup. Kena check semula masa perniagaan.
Semua pokok getah masih mengeluarkan susu getah. Ni nampak macam baru ditoreh pagi. Masih menitik² susu getahnya.
Nak keluar ke PLUS hiway disajikan dengan pemandangan banjaran yang dilitupi awan. Cool je kawasan Kuala Kangsar.
Semua pokok getah masih mengeluarkan susu getah. Ni nampak macam baru ditoreh pagi. Masih menitik² susu getahnya.
ehhh... ibu dulu pernah tolong nenek dan arwah buyut toreh getah kat belakang rumah nenek. Hantar susu getah ke pondok pengumpulan uncle Cina. Juga pernah tolong atuk mesin getah skrap.
Semua tu pengalaman hidup🥰
Nak keluar ke PLUS hiway disajikan dengan pemandangan banjaran yang dilitupi awan. Cool je kawasan Kuala Kangsar.
Ni nak sampai RnR Tapah.
Ayah minta ganti drive pula.
Aiseyyyyy... tak sempat tidur 🤧🤧
Dah masuk dalam list nie.. Kang dah duduk Tronoh, boleh lah JJCM sinun.. Hihihi
ReplyDeleteSila.. sila... pasti banyak tempat makan yang boleh dicuba kat sana.
DeleteKemas dan bersih kawasan kedainya. Terliur pulak tengok air bandung cincau tu. 😆
ReplyDeleteYa.. kawasannya nampak bersih.
DeleteAkak pun tak rasa bandung cincau tu cemana... asben tak offer, baru teringat 😁
Rasanya saya belum pernah singgah Kuala Kangsar. Nanti kalau ke Perak bolehlah lajak ke sini. Sedap-sedap makanannya.
ReplyDeleteBoleh singgah Kuala Kangsar dan tempat lain lepas ni.
DeleteSy suka set roti tu, berbanding mi kicap tu.
ReplyDeleteSy dulu kutip getah skrap gak hujung minggu. Seronok betul dapat tlg arwah Mak, rasa terpaling bagus dan rajin la ahaha 😆
Akak tak rasa mi kicap tu tapi dia ada bagi beberapa pilihan untuk kuahnya.
Deleteekeke... terpaling rajin ya.
Yang akak ingat tolong-tolong tu dulu sebelum masuk sekolah rendah masa duduk rumah lama.
Sedap nampak ni kalau balik Taiping boleh lajak ke Kuala cari kedai ni.
ReplyDeletehaaa... boleh cari lepas ni. kedai pun tak jauh dari pekan.
DeleteSuka menu sarapan camni. Meriah bestnya.
ReplyDeleteBanyak pilihan lain Cie tapi bila makan still pilih menu yang biasa makan je 😃
Deletetengok roti dengan telur tu rasa nak pi masak telur jap di dapur!
ReplyDeletekena ada roti plak Cuya 😁
Deletesejuk je nampak suasana dalam pokok getah..mee kicap makan dengan kuah kari ye kak?lain dari yang lain ni mesti sedap
ReplyDeleteAah sejuk je sebab mungkin belum tengahari.
DeleteAda gak kuah lain macam sup tapi asben nak makan dengan kari.
samalah, saya suka roti bakar telur goyang macamtu, tapi tak gemar sangat bila ada jem kaya huhu
ReplyDeletekuala kangsar, pekan diraja yg tenang :D
pelik sikit kan kalau ada kaya... tiba-tiba ada rasa manis 😅
Deletebetullah.... masuk je pekan nya tu tenang je.. kenderaan pun tak berapa banyak atau mungkin masih awal ketika kami sampai.