Pagi breakfast lagi di Mek Mok Gemok
Tengahari Cik Rasul ajak lunch dulu area KT sebelum hantar kami ke airport.
Berpusing² juga cari parking 2 restoren ni tapi gagal. Orang punyalah ramai sebab masa tu jam 12.30 noon. Ada yang baru turun dari bas. Ni mesti makan dulu sebelum balik ke west coast😅
Lain kali boleh cuba
1. Restoren Singgang Budu
2. Restoren Kolok Street
Akhirnya Cik Rasul berhenti di Gerai Mok Ngoh Selera Kampung. Beratur sekejap je dan meja pun ada kosong.
Gambar beramai² ni diambil oleh Mok Ngoh tuan kedai. Cantik dan bergaya orangnya.
Flight Firefly ke KLIA jam 3.10 pm tapi re-time 2 kali ke 3.30 pm dan 3.55 pm.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud ni kecil je. Dari luar nampak bangunannya berunsurkan senibina Melayu.
Tengok sikit bahagian dalam.
Kapal terbang ke KLIA menggunakan Boeing... besarlah sikit compare yang ke Subang. Guna kapal terbang kipas. Pernah naik sekali ke Langkawi dulu. Nak naik ikut tangga kat sebelah belakang.
Kenapa tak naik flight turun di Subang?
Memang lagi dekat dari rumah tapi ayah kata kena tambah lagi RM300, baik duit tu buat makan dan bayar grab. Kalau turun kat Subang pun still kena makan sebelum sampai rumah sebab ibu tak mungkin akan masak🫣
Tinggal bertiga je.
Oren di awan biru.
Sekali FA bagi lagi 2 peket kacang kayangan. Aarrrr... siapa yang tak suka😁
Flight 1 jam je ke KLIA.
Sampai² early dinner dulu di Food Court KLIA terletak di Level 2.
Lega dah 1 task selesai... Sabtu Abang Imi plak balik kampus. Naik bas je... lelaki kan... lagi mudah. Bami pun lagi suka, boleh tidur je.
Minggu ni dan minggu depan ibu busy sket monthly closing. Bulan 10 ni ada beberapa submission. Seperti biasa... go with the flow🫣
Bak kata collegue ibu... tenang² je huhu
Deepavali nanti Wafi balik... ibu pulak nak bawa nenek berjalan. Tak perasan cuti tu Wafi balik. Ingat Deepavali Kedah tak cuti panjang. Lupa plak yang sekolah biasanya bila festival akan extend cuti.









.jpg)







Lauk pilihan Akk tu la juga pilihan Sy kalau makan di kedai² nasi campur; ikan goreng is a must la
ReplyDeleteSuka airport kecik² macam ni, tak complicated dan crowded
Menu simple² je ya... jemu dah kalau asyik ayam/daging.
DeleteBetul².... bila nak balik tu takde dah nak jalan² dalam airport. Cepat² setelkan check in.
Meriahnya makan beramai2.
ReplyDeleteKalau cukup quorum 2 family lagi ramai tu😆
DeleteSukanya saya makan ikan kerisi goreng.
ReplyDeleteSedap kacang kayangan tu.
Kerisi goreng sedap tapi awas tulangnya.. tajam betul.
DeleteMasa belajar, memang laluan juga tu .lapangan terbang tu..lalu sebelah je lah, tak pernah masuk pun..
ReplyDeleteSenang juga airport ni nak sampai... tak jauh dari pusat bandar.
Deletecantik airport terengganu. saya tak pernah naik flight ke terengganu lagi :D
ReplyDeletetinggal berdua je ibu dgn ayah bila anak2 semua belajar asrama
Kot nak short trip boleh lah naik flight.. cari kereta sewa kat sana.
DeleteHehe.. dah tinggal berdua sekarang.
Rasa lama plak x makan kacang kayangan tu...eh..abis tu akak bawak nenek jenjalan Wafi plak?
ReplyDeleteHari yang sama akak pergi tu Wafi sampai.. nanti ayah ambil. Duduklah beberapa hari dengan ayah dan kebetulan cuti beberapa hari sempena Deepavali. Cuma Jumaat je lah dia duduk sorang². Takpun nanti duduk rumah nenek, ada Cik Biela.
Delete2 restoran di atas yg tak sempat kakak coba, bolehlah saya catat dulu. Memang ada niat ke Terengganu, walau belum tahu kapan.
ReplyDeleteSetelah baca ini memang baiknya naik flight kesana, apalagi buat saya yg waktunya tak banyak tiap ke Malaysia. So bisa menghemat waktu juga
8 jam kalau memandu ikut had laju kebangsaan😅... kalau waktu singkat naik flight je jimat masa.
Delete