Pages

Sunday, October 26, 2025

Ladang Nira Nipah Napiah

Tak jauh dari Tanjung Dawai akan lalu Ladang Nira Nipah Napiah. Kerap lalu tapi tak pernah singgah bila tengok kenderaan banyak yang diparkir tepi jalan. Masa lalu tu kosong pulak. Ingatkan tutup sebab Jumaat. Patah balik sebab nak tengok juga kot² buka bolehlah masuk sekejap.

Ehhh... buka lah. Jom masuk. Tak ramai orang mungkin sebab tengahari.

Bolehlah nak beli makanan atau minuman dulu. Ada juga gerai goreng-gorengan.

Inilah rupa buah nipah.

Ada disediakan meja dan bangku. Kalau order makanan akan diberi nombor dan makanan akan dihantar kemudian.

Banyak air sebab hujan semalaman.
Pokok nipah ni hidup di tanah bakau dan berpaya.

Pokok kiambang.

Juga pokok teratai. 
Tengah-tengah ni macam kolam.

Bunga teratai yang masih kuncup.

Mesti cantik kalau bunga teratai semua kembang.

Closed up bunga teratai yang belum kembang sepenuhnya.

Nampak tak yang putih² atas daun?

Inilah dia... tompokan air. Daun teratai ni kering je.

Ada sampan di situ. Juga buaian/hammock.

Ada jambatan kalau nak tengok sawah padi di sebelah kiri.



Kat sini baru nak beli tiket balik.

Masa ni plak ngam-ngam Wafi call.. masa tu ingatkan nak buat surprise bila sampai sekolah. Wafi kan tak tau toklangnya meninggal dan kami ke Kedah.

Dah alang-alang Wafi call bagitau lah soh standby jumpa jam berapa. Sempat dia kirim stok makanan Mr Diy. Boleh lah kalau satu tempat je. Belikan sekali untuk Kak Widad.

Rupanya ada Mr Diy yang tak jual makanan. Mujur the next Mr Diy tu dekat dan ada jual. Kami ke Mr Diy Sungai Petani je.

Disebabkan baru je makan tengahari jadi kat sini ayah hanya ambil air nira satu cup, jeli kelapa dan boko campur.
Air nira ni ada rasa masam sikit tapi manisnya makaihhhhh... meleting.
Minum sejuk memang sedap tapi ibu tak tahan dengan manis dia.

Ada cuka nipah tapi ibu tak beli lah.




Nak juga naik benda ni.

Tandas untuk lelaki kurus sahaja kah?

Dah laaa... jom tengok omey.
 

3 comments:

  1. Nie yang blogger Mazni pernah share tu kan? Kalau tak silap lah...sama je..

    Salam takziah kak, baru sempat nak berkunjung ke rumah maya nie..

    ReplyDelete
  2. cantiknya ladang nipah ni Rawiwa, kak ana ingat dulu-dulu masa kecil di kampung kak ana ada pokok nipah ni arwah opah anyam jadikan atap untuk reban .. nostalgia sungguh . Ada dua jenis atap dahulu sama ada atap nilpah atau rumbia kalau tak silap , lama sangat dah era tu :)

    ReplyDelete
  3. Romantis berdua sahajewww.. hehehe
    Org kurus x risau psl kencing manis 😢

    ReplyDelete